Dalam tempoh 48 tahun 1963-2011, pertumbuhan ekonomi tahunan Malaysia adalah melebihi Singapura hanya 5 kali manakala Singapura melebihi negara kita 43 kali.
Ini adalah sebabnya Singapura begitu jauh kehadapan berbanding Malaysia sekarang dari segi KDNK per kapita.
Sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 dan memulakan Program Transformasi Nasional (NTP) pada tahun 2010 untuk menyusun semula dan melakukan tranformasi, Malaysia telah melakukan lebih baik dalam pertumbuhan KDNK tahunan berbanding Singapura:
2012 – Malaysia (+5.5%), Singapore (+3.7%)
2013 – Malaysia (+4.7%), Singapore (+4.7%)
2014 – Malaysia (+4.70%), Singapore (+4.68%)
2015 – Malaysia (+5.0%), Singapore (+2.0%)
2016 – Malaysia (+4.2%), Singapore (+1.8%)
Q1 2017 – Malaysia (+5.6%), Singapore (+2.7%)
Malaysia mengatasi Singapura setiap tahun untuk 5 Tahun berturut-turut dari 2012-2016.
Pada tahun 2017, Malaysia dijangka pertumbuhan ekonomi lebih jauh berbanding Singapura. Pada Suku 1 sahaja, kita telah meningkatkan pertumbuhan pada kadar 5.6% berbanding 2.7% bagi Singapura.
Kita juga dijangka berkembang lebih cepat daripada Singapura pada tahun 2018.
Di atas semua propaganda negatif dan penipuan yang disebarkan oleh pembangkang, fakta kukuh mengatasi propaganda.
Ini adalah mengapa IMF berkata pada bulan April 2017 bahawa Malaysia mempunyai ekonomi yang paling pesat berkembang berbanding dengan rakan-rakan kita dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Begitu juga, Malaysia turut menewaskan Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong dari segi pertumbuhan KDNK sejak 2011.
Jika ekonomi Malaysia mahu meningkat berbanding negara-negara ini, maka kadar pertumbuhan kita mestilah lebih tinggi daripada mereka.
Kita akhirnya berjaya melakukannya sekarang.