Kisah Proton telah mencengkam Malaysia baru-baru ini tetapi yang mendapat faedah dan keuntungan sebenar dari Proton adalah sebuah syarikat bernama EON, yang telah dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk kereta Proton bermula dari pengeluaran pertama Proton.
Ya, Proton telah diwujudkan untuk membuat kereta manakala EON juga ditubuhkan untuk menjualnya – yang merupakan perkiraan pelik kerana Proton juga boleh dengan mudah menubuhkan rangkaian pengedarnya sendiri (yang akhirnya dilaksanakan setelah 20 tahun kemudian dikenali sebagai Proton Edar).
Tetapi ada sesiapa yang pernah bertanya mengapa warga Singapura telah memiliki sehingga 20% daripada pengedar kereta Nasional EON dari mula lagi dan merupakan Timbalan Pengerusi?
Ya, Warga Singapura Rin Kei Mei (yang meninggal dunia beberapa tahun yang lalu) adalah kawan kama Mahathir (dikatakan telah dikenali beliau ketika Mahathir sedang belajar di Singapura) dan dikhabarkan menjadi orang yang telah meminta Mahathir untuk menubuhkan Proton. http://seruankeadilan.tripod.com/16-30_jul_03/berita_utama1.htm
Malah, Mahathir begitu akrab dengan Rin dan apabila Mahathir pergi ke China pada tahun 1997 untuk cuba ‘set-up’ sebuah kilang enjin milik bersama, Rin pergi bersama-sama dan kemudian juga dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi Usahasama tersebut: http://www.mitsubishi-motors.com/en/corporate/pressrelease/corporate/detail353.html
Walau bagaimanapun, Rin tidak dapat memegang saham secara langsung dalam Proton tetapi sebaliknya memegang kepentingan besar dalam EON – maka dia boleh mendapat keuntungan daripada Proton.
Menurut Profesor KS Jomo, dari awal, Proton telah menjual kereta pada harga yang sangat memihak kepada EON.
Selain itu, EON ditambah dalam pelbagai “pilihan wajib” aksesori berharga beribu-ribu setiap kereta jelas sangat jauh terlalu mahal dan tidak berbaloi yang meningkatkan lagi margin keuntungan besar yang sudah mereka terima.
Jika kita tidak mahu menerima pakej aksesori maka kita perlu menunggu masa yang lama untuk penghantaran – jadi mahu tidak mahu terpaksa menerima pakej “pilihan wajib”.
Dan lebih teruk adalah bahawa buku tersebut itu mengatakan bahawa tambahan 0.9% ditambah kepada kadar faedah bank untuk pinjaman kereta dan jumlah ini telah diberikan semula kepada EON oleh bank.
Jadi, bukan sahaja EON membuat keuntungan dari Proton dari harga kilang yang murah, mereka memaksa pelanggan mereka untuk membeli aksesori terlalu mahal, mereka juga memaksa pelanggan mereka untuk memberikan kepada mereka 0.9% dari potongan ansuran pinjaman bulanan mereka selama bertahun-tahun.
Malah, pelbagai cerita tersebar terdapat ramai pelanggan juga kerika itu terpaksa merasuah jurujual EON yang sangat sombong jika mereka mahu membeli kereta – menjadikan ramai jurujual EON menjadi jutawan.
Disebalik untuk memberikan kereta yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah kepada Rakyat, tindakan Mahathir memaksa Rakyat membeli kereta harga tinggi yang tidak berbaloi dengan berkualiti lebih rendah (dengan penarafan keselamatan 1 bintang), membayar untuk aksesori dengan harga terlampau mahal melebihi harga sebenar (atau anda tidak dapat membeli kereta), memaksa rakyat untuk merasuah jurujual dan rakyat terpaksa membayar faedah ke atas kereta yang jauh lebih mahal dari harga sebenar dan aksesori terlalu mahal selama bertahun-tahun kepada kawan-kawannya – malahan dibayar kepada kawan Mahathir warga Singapura.
Mereka boleh melakukan semua perkara di atas kerana terdapat sedikit persaingan ketika itu kerana Kerajaan Mahathir telah mengenakan cukai 100% terhadap kereta setara dipasang dalam negara dan 300% ke atas kereta yang diimport sepenuhnya.
Pertumbuhan EON adalah meledak mendadak (seperti yang anda lihat dalam carta). Keuntungan dan jumlah aset yang dimiliki berkembang bagai nak gila. Malah, jumlah aset bertambah mengejutkan 5,100% dalam masa beberapa tahun penubuhannya.
EON adalah lebih menguntungkan daripada rakan-rakan Mahathir yang sudah super menguntungkan YTL dengan perjanjian kuasa IPP mereka sangat berat sebelah!
EON menjadi begitu kaya dan mereka akhirnya membeli dan memiliki bank mereka sendiri, EON Bank – mungkin pengedar kereta pertama di dunia yang berjaya membeli bank mereka sendiri.
EON Bank akhirnya dijual kepada Hong Leong pada nilai RM5.4 bilion kemudiannya – dengan warga Singapura Rin Kei Mei sebagai pemegang saham utama dan meraih berbilion-bilion.
EON adalah terlalu banyak sejarah manakala Proton sedang bermasalah sekarang – tetapi semua pemegang saham EON telah membuat keuntungan berbilion bertahun-tahun yang lalu.
Sekarang, adakah anda masih mahu menangis bersama-sama dengan Mahathir apabila 49% daripada Proton akhirnya dijual?
—
Rujukan:
KS Jomo about EON: http://bit.ly/2sq7xi0