KUANTAN: Dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu ditemukan terbunuh kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Yazmi Mohamed Yusof, 39, berkenaan ditemukan di kawasan berpaya di Chukai, Terengganu.
Mereka dipercayai keluar daripada pesawat itu dengan menggunakan kerusi anjal pesawat sebelum ia terhempas.