Inilah percubaan kali KETIGA untuk menangguhkan RCI.
Pertama ketika mereka membantah di RCI. Kedua adalah apabila Tun M memfailkan di Mahkamah Tinggi untuk menyingkir dua anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Beliau kini membuat notis rayuannya di Mahkamah Tinggi hari ini untuk menyingkir dua anggota daripada RCI atas sebab yang lemah bahawa 23 anggota itu juga berada di dalam panel bagi menentukan sama ada RCI perlu diadakan.
Tidak ada petunjuk dari mereka bahawa kedua-dua orang ini berat sebelah hanya menjadi alasan dalam usaha Mahathir untuk menghentikan RCI dengan apa cara sekali pun.
Kes itu kini di Mahkamah Rayuan – sama seperti apabila Tokong Lim Guan Eng kalah kes pertama untuk mengisytiharkan tindakan SPRM sebagai tidak berperlembagaan, beliau kemudiannya merayu dan ini bertujuan menangguhkan perbicaraan rasuahnya.
Mahathir melakukan perkara yang sama seperti Tokong Guan Eng yang berjaya menangguhkan perbicaraan rasuahnya lebih dari satu tahun.
Nothing2Hide lah Mahathir.
Mengapa banyak sangat percubaan untuk menangguhkan RCI? Apa yang dia takutkan?
Tak payah guna mahkamah untuk tangguhkan RCI BNM RM30 billion lagi. Tun jangan belajar yang tak baik dari Anwar dan Guan Eng.
Tak perlu guna mahkamah untuk tangguhkan RCI Skandal FOREX BNM RM30 bilion lagi. Mahathir janganlah terikut-ikut perkara yang tak baik dari Anwar dan Guan Eng.
Ataupun ini adalah everything2hide?