Eh .. Ingatkan Pakatan tidak berkaitan bangsa atau perkauman?
Rupana tidak.. malahan Ambiga pun mempertikaikannya
*************
*Ambiga kesal kepimpinan HARAPAN kurang wakil India*
Peguam hak asasi manusia dan bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan kesal dengan kekurangan wakil orang India dalam kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN).
Pengamatan beliau susulan maklum balas terhadap laporan pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad sedang memikat para penyokong pengerusi Hindraf P Waythamoorthy dan bekas presiden MIC Datuk Seri G Palanivel untuk kemungkinan menjalinkan kerjasama.
“Baik, saya kira beliau membuka saluran komunikasi, saya secara peribadi berfikir adalah amat penting untuk melibatkan masyarakat India.
“Apabila kamu lihat barisan kepimpinan HARAPAN, tidak ada naib presiden orang India. Bagi saya, bagaimana anda mahu memberitahu akar umbi mengenai perkara ini?
“Jika HARAPAN serius dengan undi orang India, mereka mesti memperlihatkan dalam barisan kepimpinannya. Untuk saya, hal ini lebih utama,” beliau memberitahu wartawan di Bangi.
Ambiga menjadi tamu kehormat acara sambutan pekerja ladang Bangi daripada 24 buah keluarga yang menerima rumah percuma awal tahun ini.
Beliau menyambut baik pertemuan di antara Mahathir dan pemimpin India yang tersebut, bagaimanapun Ambiga menekankan ia perlu dicerminkan dalam kepimpinan HARAPAN.
“Bagi saya, dengan meletakkan M Kulasegaran sebagai bendahari itu hanyalah saguhati.
“Saya telah bercakap dengan kawan-kawan dalam HARAPAN, saya tidak melihat sebarang perubahan lagi. Jadi kecuali mereka bergerak, kerana pilihanraya tidak lama lagi, mereka tidak ada banyak masa,” tambah beliau.
Ambiga turut berkata sangat penting untuk bercakap dengan orang yang betul atau paling kurang kepada semua kumpulan.
“Ia boleh dimulakan dengan kepimpinan orang India dalam HARAPAN,” kata beliau.
Minggu lalu dilaporkan Dr Mahathir telah bertemu dengan Waythamoorthy terhadap kemungkinan menjalinkan hubungan kerjasama.
Selain itu, pengerusi HARAPAN itu juga dilaporkan cuba memikat penyokong Palanivel dan mereka dijangka akan bertemu minggu depan.
****************
Rujukan:
https://www.malaysiakini.com/news/393355