Mahathir khabarnya bergegas ke Putrajaya untuk mendegar sendiri apa Anwar cakap mengenai Skandal RCI Forex. Mahathir dilaporkan dalam perjalanan ke Istana Kehakiman Putrajaya tengahari ini.
Ini bermakna Mahathir sudah tidak percaya lagi pada laporan orang lain mengenai apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex. Mahathir sanggup hadir dan duduk di kerusi orang awam untuk dengar dengan telinganya sendiri.
Semalam, Mahathir baru sahaja buat hal dengan Anwar bila berkata surat Anwar dari penjara mengundang masalah. Mahathir kata sudah ada noktah mengenai hubungan PAS dan Pakatan Harapan.
“Kami akan letakkan tanda noktah untuk rundingan itu. Saya harap kita boleh buat begitu” kata Mahathir semalam. Dilaporkan oleh sumber dalaman, Anwar tidak berpuashati dengan kenyataan yang diberikan Mahathir itu.
Seolah olah Mahathir sudah menguasai PKR pula dalam urusan dalaman mereka. Anwar memang rasa tercabar dan terganggu emosinya dengan ayat ayat Mahathir itu. Silap silap Anwar “u turn” pula hari ini, bantai Mahathir.
Hari ini, memang benarlah jantung Mahathir berlari sederas kudanya. Risau dan gabra menanti apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex yang rugi sampai RM32 billion. Kenyataan Zeti semalam yang mengesahkan kehilangan wang puluhan billion itu amat meresahkan Mahathir.
Apa pula komen Anwar mengenai kenyataan Murad? Sebenarnya Anwar mengetahui hal kehilangan wang ini, namun disembunyikan untuk selamatkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan.
Mahathir pernah memujuk Anwar dengan cuba tandatangan kempen mahu bebaskan Anwar. Mahathir cuba pujuk Anwar dengan cara bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar dengan The Guardian UK.
Mahathir cuba cari Anwar sampai di mahkamah sebanyak dua kali untuk berbaik semula dengan Anwar. Namun bila ditanya mengenai hal Anwar sebagai peliwat, Mahathir masih pertahankan kenyataannya yang lama dahulu.
Mengenai hal liwat, Mahathir belum minta maaf pada Anwar. Hari ini, Mahathir bergegas ke Istana Kehakiman Putrajaya untuk dengar sendiri apa yang Anwar cakap.
Apakah hari ini Anwar pula akan conteng arang ke muka Mahathir atau Mahathir akan meratap dan merayu agar Anwar selamatkannya. Mahathir sudah terdesak, dia sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan diri dari skandal perbankan terbesar di dunia yang berlaku pada zamannya itu.