Tohmahan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti menabur fitnah terhadapnya dan kerajaan Persekutuan dibidas Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya dengar ucapan dia kononnya saya pergi jumpa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan membawa duit berbakul-bakul, dan sebab itulah Trump hantar saya ke pintu.
“Mana ada saya bawak duit berbakul-bakul, saya tak bayar semata-mata mahu jumpa Trump,” kata beliau ketika merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat Kebangsaan di PWTC ,Kuala Lumpur, hari ini.
Pada 30 Oktober di Dewan Rakyat, Perdana Menteri juga menafikan dakwaan kononya beliau membayar kepada orang tengah untuk berjumpa Trump di Rumah Putih.
Tambah Najib yang juga Perdana Menteri, bekas Presiden UMNO itu belum memberi jawapan berkenaan dakwaan membayar pelobi untuk berjumpa George Bush pada 2002.
“Saya tahu siapa dia bayar, saya tahu cara mana dia bayar saya,” sindir Presiden UMNO sambil menerima tepukan gemuruh daripada 3,800 pejuang siber parti yang hadir
Menurut Najib, perjumpaa beliau dengan Trump pada Sept lalu berjaya membuktikan bahawa Malaysia bukan negara peminta sedekah.
“Saya ke sana nak tunjuk bahawa kita datang sebagaj sebuah negara yang berjaya sehingga boleh melabur di sana.
“Negara lain datang minta pinjaman, tapi kita beritahu Trump, Malaysia berjaya sebab perjuangan UMNO dan BN selama ini, “tegas Pengerusi BN itu.
Pada masa sama, beliau sekali lagi menyentuh polemik pembangkang kononnya pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di AS sebagai sia sia.
Najib berkata bahawa dasar pelaburan KWSP di luar negara sudah dibuat sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri dan dilaporkan mendapat lebihan keuntungan berbanding melabur dalam negara.
“Bila untung kita bawa balik dan tambah dividen. KWSP ada dana sebanyak RM780 bilion . Takkan semua labur dalam negara.
“Jadi kita mempunyai dasar mempelbagaikan sumber pelaburan di Amerika, Eropah dan negara-negara lain,” katanya. – bnbbc.my