Akibat tindakannya memohon maaf secara melulu kepada gereja, Menteri Besar Selangor diberi ‘hadiah’ khas berupa penyapu, mop dan mangkuk dan berus tandas.
Ia simbol bantahan dua badan bukan kerajaan, NGO yang dihantar ke pintu masuk pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim, di Shah Alam pagi tadi.
Kedua-dua NGO terbabit, Permuafakatan Waris Melayu Malaysia, Warisan dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan, Gempak.
Mereka berhimpun di perkarangan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, seawal 10 pagi.
Bagi kedua-duanya, Tan Sri Khalid telah bersikap kebudak-budakan kerana memohon maaf kepada gereja tanpa menunggu laporan Jabatan Agama Islam Selangor, Jais.
RASHID FADZIL / Ahli Majlis WARISAN
Satu tekanan yang cukup sakit di jiwa kita apabila menyentuh tentang Islam, yang paling kita sedih tadi, kita mengharap pemimpin Islam dalam kerajaan sekarang ini dapat terus menerus membela dan menegakkan Islam dan akidahnya tapi apa yang kita lihat sekarang, kepentingan politik terlalu mendalam, mengasak jiwa mereka ini.
ZULKEFLI SHARIFF / Setiausaha GEMPAK
Isu yang berbangkit hari ini cukup memalukan umat Islam, seorang Menteri Besar seorang yang beragama Islam, seorang yang berpendidikan tinggi kita haraplah untuk yang akan datang tidak lagi melatah yang boleh mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hati perasaan umat Islam.
Mangkuk dan berus tandas serta mop dan penyapu ini simbol kekecewaan akibat tindakan memalukan Menteri Besar Selangor itu bersabit isu pemeriksaan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, minggu lalu.
Tindakan itu juga di sifatkan tidak wajar bagi seorang pemimpin beragama Islam.