1. Beberapa video tular tentang seorang bapa yang tidak bertanggungjawab membawa anaknya melalui jambatan yang rosak untuk ke sekolah.
2. Video itu pula dirakam oleh ibunya yang tidak bertanggungjawab.
3. Sebenarnya jambatan yang rosak itu sudah pun dijadualkan untuk dibaiki bermula 8hb Januari ini dan dijangkakan akan siap pada 18 Mac 2018.
4. Kerja dijadualkan bermula 8 hb Januari kerana bulan Disember adalah musim hujan, tidak sesuai dan tidak selamat untuk kerja-kerja pembaikan.
5. Padahal jalan darat alternatif sudah pun disediakan untuk kemudahan penduduk di situ.
6. Ibu bapa tersebut sebenarnya boleh sahaja mendapatkan maklumat terkini tentang jambatan itu dari pemimpin-pemimpin setempat daripada membuat posting yang menghasut.
7. Postingnya dikongsi oleh puluhan ribu manusia dan telah menjadi medan untuk khawarij-khawarij menghasut dan menghina pemerintah.
8. Penerangan telah diberikan kepada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini. Namun posting-postingnya yang menjadi fitnah kepada pemimpin masih lagi dibiarkan, tidak pula dipadam.
9. Entah berapa banyak dosa percuma dikumpul oleh ibu bapa ini dengan video yang tular itu, dan ruang yang mereka berikan untuk khawarij-khawarij melakukan hasutan.
10. Hairan bagaimana gabungan otak kedua ibu bapa ini tidak boleh berfikir bahawa mereka sebenarnya membahayakan nyawa anak sendiri hanya demi memuaskan nafsu batak attention, batak like dan batak share.