Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka hari ini mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.
Di Terengganu, bonus itu akan dinikmati 20,000 kakitangan termasuk pekerja badan berkanun, membabitkan peruntukan keseluruhan RM10 juta.
Di pahang, bilangan penerima 12,570 orang.
6,000 penjawat awam di Kelantan dengan kos RM5 juta.
4,800 penjawat awam di Negeri Sembilan dengan kos RM4.8 juta manakala Perak dan Melaka, masing-masing memperuntukkan RM6.5 juta dan RM3.2 juta untuk tujuan yang sama.