Didakwa atas rasuah 1 1/2 tahun lalu pada Julai 2016.
Dia sendiri menangguhkan kes itu kerana dia memfaikan mencabar di mahkamah untuk menuntut tindakan SPRM sebagai tidak berperlembagaan berkali-kali dan kalah.
Sekarang perbicaraan itu akan bermula dan dia ingin mendapatkan simpati dengan mendakwa dia mungkin tidak dapat bertanding dalam PRU14 akibat tarikh pendengaran kes tersebut.
Woi … tiada siapa yang memaksa dia untuk membeli banglo yang dibawah nilai sebenar. Tiada siapa yang memaksa dia membelinya dari seorang wanita yang merupakan pemaju yang juga menjalankan perniagaan di negeri DAP Pulau Pinang.
Sendiri beli, sendiri tangguh dan sekarang merengek dan mengharap orang bersimpati dengan dia? WTF!
*******
Tak puas hati tarikh perbicaraan, Guan Eng patut salahkan diri sendiri
KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng patut menyalahkan diri sendiri jika tarikh perbicaraan di mahkamah bagi kes rasuah yang dihadapinya dijadualkan seperti sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan.
Abdul Rahman, yang juga pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional berkata tarikh perbicaraan itu hanya dijadualkan sekarang selepas lama ditangguhkan kerana percubaan Lim untuk mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai melanggar Perlembagaan.
“(Lim) Guan Eng sepatutnya mempunyai keyakinan terhadap mahkamah di negara ini kerana beliau dibenarkan untuk membela diri secara terbuka dan telus,” kata beliau dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
“Sama ada (Lim) Guan Eng akan menang atau DAP dapat mengekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang atau tidak, sudah tentu adalah perkara yang sama sekali berbeza,” katanya.
Lim dilaporkan berkata semalam yang perbicaraan kes rasuah, bermula pada 26 Mac, mungkin memberi impak kepada pencalonannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata beliau perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk beberapa tempoh empat hingga lima hari berturut-turut antara Mac dan Mei. Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antara 26 Mac dan 25 Mei.
Pada 30 Jun, 2016, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam kepada syarikat sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai, 2014.
Lim juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan habuan bagi dirinya dengan membeli sebuah rumah dari Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.
Phang, yang juga presiden Magnificent Emblem, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk Lim rumah di Jalan Pinhorn dengan harga RM2.8 juta iaitu tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta. – Bernama
Tarikh mahkamah bertembung PRU14? Mungkin, kata Guan Eng
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/01/11/tarikh-mahkamah-bertembung-pru14-mungkin-kata-guan-eng/