Oh.. . Itu macam ka? Di luar membuat kenyataan sampah kepada akhbar untuk mempertahankan penipuan Terowong Pulau Pinang.
Kemudian apabila dipanggil oleh SPRM untuk soalsiasat, Ramasamy mengatakan bahawa dia tidak terlibat secara langsung dalam projek Terowong.
Tiba-tiba semua tak tahu.
Apa punya lawak lah?
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/388499/p-ramasamy-hadir-ke-pejabat-sprm
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.
Beliau yang ditemani peguamnya, Datuk Aljit Singh Jessy, dilihat memasuki pejabat SPRM pada jam 8.45 pagi tadi.
Ramasamy yang ditemui sebelum itu berkata, beliau diarah hadir ke pejabat SPRM pada jam 9 pagi bagi memberi keterangan berhubung kontroversi projek terowong dasar laut dianggar bernilai RM3.6 bilion.
* “Saya tidak terbabit secara langsung dalam projek terowong ini kerana ia bukan bawah portfolio saya. *
“Namun, saya dipanggil mungkin disebabkan penulisan saya berhubung isu ini,” katanya kepada pemberita sambil menambah akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.