Barisan Nasional (BN) dijangka terus menguasai Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berdasarkan kajian firma penyelidik media sosial, Politweet.
Dalam temu bual bersama portal Worldfuture TV (WFTV), jurucakap Politweet berkata, pengguna media sosial di Johor lebih tertarik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak mendatangkan impak besar di Johor pada PRU-14.
“Secara asasnya, dua pertiga pengguna media sosial di Johor tidak menunjukkan minat terhadap Dr Mahathir di halaman dan paparan Facebook disukai mereka.
“Walaupun ada liputan meluas media mengenai Dr Mahathir dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri, ia bukan petanda baik untuk Pakatan Harapan,” katanya seperti dilaporkan portal berkenaan, hari ini.
Sehingga Disember 2017, pembahagian kecenderungan antara Mahathir dan Najib oleh pengundi berpotensi di Facebook di Johor adalah:
13.73% = Mahathir
19.61% = Mahathir + Najib
66.67% = Najib
Bagaimanapun, firma itu menyifatkan Johor bukan negeri yang memiliki kemungkinan berubah tangan pada #PRU14.
Sementara itu, jurucakap Politweet dilaporkan berkata, PAS tidak mampu mencabar atau menggugat UMNO pada PRU14.
“Statistik Facebook menunjukkan PAS memiliki capaian paling lemah berbanding PKR dan DAP.
“Bagaimanapun, seperkara yang ditunjukkan penyokong PAS ialah mereka tidak begitu aktif memuat naik status mengenai parti itu di Facebook atau Twitter,” katanya.
#KekalBN #MelayuBersatu #RespectMyPM
#FikirFikirkanlah ya, #TakFahamTakpe ?
Rujukan:
http://www.worldfuturetv.com/live/malaysia/ge14-politweet-shows-najib-driving-force-johor/
http://www.worldfuturetv.com/live/malaysia/significant-vote-buying-will-keep-najib-power-ge14-kroll/
http://www.worldfuturetv.com/live/malaysia/johor-looks-set-swing-state-ge14-analysis/