Punya beriya-iya tuduh pihak lain konon amal rasuah dan penyelewengan, rupa-rupanya Tun Mahathir sendiri adalah raja perompak. Tak percaya? Buktinya ada! Rupa-rupanya Mahathir menyalahgunakan kedudukannya sebagai Penasihat LADA sejak Mac 2003 hingga Mac 2016 untuk dapatkan tanah.
Tanah seluas 4 ekar di Lot 148, 149, 150, 136 dan 137 di Bandar Kuah telah diminta secara bersurat oleh Mahathir pada 1 September 2009 untuk tujuan sewaan. Tanah itu adalah bersebelahan Pusat Kraftangan Teluk Yu. Tanah 4 ekar itu dilulus secara pajakan dengan nilai RM20 seekar setahun selama 30 tahun.
Kemudian tersebar satu lagi dokumen mengenai pajakan tanah di Mukim Ayer Hangat. Dokumen bertarikh 11 September 2014 itu mendedahkan Mahathir memperolehi Lot Tanah PT 537 dengan harga pajakan murah selama 60 tahun! Berdasarkan premium pajakan RM192,500.00 yang dikenakan untuk tempoh 60 tahun, kos pajakan hanyalah RM3,208.00 setahun.
Sebagai Penasihat LADA, apakah wajar Mahathir mendapatkan tanah LADA dengan caj premium yang murah untuk pajakan jangka panjang? Dia sapu berekar-ekar tanah, rakyat pula habuk pun tak dapat! Agaknya apa dia ‘pusing’ kali ini? Mesti dia mati-matian buat penafian macam kes-kes sebelum ini. Itulah Mahathir! #PakatanProDAP
****
#JomBN #BangkitlahNegaraKu bersama #BarisanNasional #HebatkanNegaraKu #UndiBN #PRU14 #GE14
#ManifestoBN #BR1M #BetterNation #MelayuBersatu