Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dibebaskan, selepas menjalani hukuman penjara selama 1,557 hari atas sabitan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya pada Februari 2015.
Tetapi, berbeza dengan pembebasannya dari penjara pada 2003, Anwar hari ini keluar dengan tumpuan yang banyak daripada media, beberapa hari selepas kemenangan bersejarah Pakatan Harapan yang diketuai bekas mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pilihan raya 9 Mei lalu.
Anwar berpakain sut hitam dan bertali leher merah disambut ramai penyokongnya dan wartawan yang berkampung di luar Hospital Rehabilitasi Cheras, di mana beliau menjalani rawatan.
Ketua umum PKR itu kini ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam perjalanan ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menghadap Sultan Muhammad V.
Dr Mahathir sedang menanti ketibaan Anwar di Istana Negara.
Anwar Ibrahim sebelum ini dihukum penjara atas tuduhan meliwat pembantu peribadi beliau.
Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang.
————-
https://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim
https://pakdin.my/tag/kes-liwat