بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْء ٍعِلْمًا وَأَعْطَى كُلَّ شَيْءٍ خَلْقَهُ ثُمَّ هَدَى وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
يَا اَلله ُ يَا كَرِيْمُ
Ya Allah di hari Jumaaat penghulu swgala hari, di bulan yang penuh barokah penghulu segala bulan, kami memanjatkan doa kepadaMu Ya Allah dengan penuh rasa insaf dan rendah diri, Ya Allah Engkau selamatkanlah DS Najib dan keluarganya dari sebarang kezaliman dan salah laku pemerintah sekarang yang rakus dan ghairah dengan kuasanya. Engkau bebaskan DS Najib dan keluarga dari diaibkan, diberi kesusahan, dihina, disakiti dan apa jua perlakuan yang memberi kesusahan serta apa jua bentuk penderaan baik secara fizikal dan mental.
YaAllah berilah pertolongan Mu membebaskan DS Najib dan keluarga dari belenggu kesusahan sekarang… Engkau hantarkanlah tentera tenteraMu Ya Allah dalam apa jua bentuk sekalipun untuk melindungi DS Najid dan keluarganya.
Ya Allah berilah kami rakyat Malaysia kekuatan mental dan fizikal, rohani dan jasmani untuk teguh mempertahankan DS Najib dan keluarganya dari sebarang kezaliman dan salahguna kuasa.
Ya Allah musnahkanlah musuh musuh DS Najib baik yang secara jelas ataupun yang tersembunyi..
Ya Allah DS Najib amat berjasa kepada kami rakyat Malaysia. Atas segala kebaikan beliau selama beliau menjadi hamba rakyat Engkau bebaskan beliau sekeluarga dari musibah yang dihadapi sekarang.. Engkau gantikanlah kesukaran ini dengan kesenangan, kemudahan…
يَا اَلله ُ يَا فَتَّاحُ
Jadikanlah Al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkanlah jalan yang benar agar kami ikuti, jelaskanlah perkara yang batil agar kami jauhi. Corakkanlah akhlak kami dengan sifat mahmudah, lindungilah kami dari sifat mazmumah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.