Mula-mula RM600billion… dalam tempoh beberapa hari dah naik jadi RM1 trillion.
Hari ni sudah kurang jadi RM600 billion balik.
Dasyat Menteri Kewangan settlekan masalah hutang negara.
Lim Guan Eng dilihat sedang sibuk memberitahu dunia kononnya dia akan membongkar skandal Negara. Tetapi itu tidak akan membawa keinginan awam Malaysia untuk mencapai keadilan.
Sementara itu, para pelabur semakin tidak puas hati dengan corak pentabiran kerajaan baru. Sudah tentu, pelabur asing mula bertindak menjualkan segala stok negara selama 13 hari berturut-turut.
Bagi Lim pula mengumumkan dalam sidang akhbar pertamanya bahawa hutang kerajaan telah melebihi 1 trilion ringgit ($251 bilion) kerana bailout 1MDB kononnya untuk menunjukkan dia seorang penuh kejujuran, tetapi tindakan tersebut memakan diri dan negara.
Jumlahnya, 45% lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelum ini, mungkin telah didedahkan Lim kononnya mempunyai rancangan untuk membayarnya. Tetapi kerajaan baru tiba-tiba kekurangan pendapatan.
Boss Lim, Perdana Menteri Mahathir, berhasrat menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan yang tidak popular bagi mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana mengembalikannya kuasa kepadanya selepas 15 tahun.
Itu semua nampak hebat dan baik. Tetapi GST yang berusia tiga tahun itu menjana pendapatan $11 bilion (RM40 bilion) bagi tahun lepas, atau 3.3% daripada KDNK.
Menggantikannya dengan jenis cukai penggunaan yang lain perlu menunggu parlimen baru bersidang, yang mungkin aka diadakan pada akhir bulan Jun atau awal bulan Julai.
Mengapa Lim mahu mengambil risiko dengan meninggalkan pelabur dalam prospek fiskal yang tidak menentu sehingga masa itu?
Dengan pengukuhan kadar faedah AS, semua negara ekonomi sedang pesat membangun berada dalam tekanan. Malaysia juga telah melihat warga asing menarik kira-kira USD800 juta (RM32 bilion) dari pasaran bonnya. Bolehkah Lim menahan sentimen negatif? Peristiwa minggu ini menimbulkan keraguan.
Bloomberg berkata pasaran saham Malaysia kehilangan keseluruhan duit yang dijana sepanjang tahun dalam pasaran dalam masa beberapa hari ini. Bak kata Bloomberg… “Wipe out!!” (lihat carta yang jatuh menjunam)
Untuk rekod Bloomberg pernah iktiraf Najib menteri kewangan terbaik tetapi sekarang Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Carca marba, atau paling tidak cekap bekerja.
Bila Media dunia bersuara dan situasi MOF dalam keadaan panik, baru Lim Guan Eng mahu bercakap benar kononnya hutang negara sekitar RM686.6b. Tapi apa gunanya lagi, kerana Dato Sri najib mengambil 9 tahun untuk memulihkan ekonomi negara dengan membawa pelabur dan KDNK melonjak 3 kali iaitu 5.2%, 5,5% dan 5.7% pada tahun 2017 sahaja. Tetapi Guan Eng ambil 13 hari sahaja memusnahkan semuanya. Ingat senang kah nak membawa pelabur masuk semula ke Malaysia.
Merujuk kenyataan Bloomberg aku nak ucap terima kasih kepada Pengundi Pakatan Harapan yang doa anda Malaysia Bankrap semakin hampir menjadi kenyataan.
Sekarang kau orang boleh fikir betul tak apa amaran Dato’ Sri Najib
“Jika Pembangkang ambil alih negara, pelaburan akan hilang, negara menuju kemusnahan”
Alahai nasi sudah jadi bubur kerana pengundi dengar guruh dilangit, air dalam guri dicurahkan….
“The finance minister must remember his day job”
https://www.bloomberg.com/view/articles/2018-05-24/malaysia-needs-tactful-handling-of-1mdb-mess