chegubard
1. Sepanjang kempen PRU ke 14 , 7 hari che’GuBard tidak dapat menggunakan facebook kerana diserang dengan ratusan ‘report’ kepada pengendali facebook sehingga akaun che’GuBard digantung. Ini menunjukkan betapa ada pihak yang sangat takut. Selepas PRU juga banyak kali terpaksa menukar kata laluan kerana banyak kali usaha serangan seperti ‘pishing attack’ menyerang ini termasuk menukar kata laluan email sehingga hampir seminggu lebih blog chegubard.blogspot.com gagal diakses. Ini semua usaha mereka yang takut dan ingin menyekat suara, mereka ingat mereka hebat dengan ramai tentera cyber berbayar.
2. Hari ini hari pertama blog chegubard.blogspot.com boleh digunakan sepenuhnya namun beberapa dokumen dalam email dan blog telah dipadamkan.
3. Merujuk semula kenyataan 12 Mei 2018, che’GuBard mengucapkan tahniah atas kejayaan rakyat menggunakan praktik demokrasi dalam PRU ke 14.
4. Selepas PRU banyak polimik berlaku, namun setakat ini tidak ada banyak perubahan berlaku, jujurnya yang ada kelihatan operasi ‘balas dendam’ dan belum ada lagi perubahan yang benar konkrit dan bersifat reformasi. Namun keadaan masih awal. Cuma diharapkan semua yang baru memiliki kuasa perlu cepat sedar dan sesuaikan diri kerana mereka bukan lagi pembangkang. Sebarang perbalahan perlu diselesaikan cara orang dalam kerajaan. Pengumuman dan aksi politik perlu dikurangkan dan dilakukan penuh hati hati.
5. Perkembangan seperti Stock market Malaysia mencatat angka negatif buat pertama kali tahun ini. juga Angka ‘outflow’ tertinggi sejak 2013 perlu perhatian khusus yang serius.
Kritikan Bloomberg juga seharusnya menjadi penyedar penting. Semua yang menjadi anggota kabinet kena faham bahawa ucapan mereka menjadi kata rujuk sebagai polisi negara, sentiasa menjadi bahan untuk dianalisa oleh para pelabur asing. Tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan politik bagi analisis keadaan negara khususnya ekonomi.
kenyataan mengenai hutang negara RM1 trillion, kemudian dibetulkan dengan pengumuman hutang negara sebenar adalah RM 686.8 billion sahaja ada kesan natijahnya sekarang, kerana pelabur tidak suka pada ketidaktentuan .
Bloomberg menasihati, menteri kewangan tugasnya adalah untuk meyakinkan pelabur, supaya tidak lari dari negara kita.
“But for the finance minister to pursue that goal at the expense of his day job – of keeping the economy in good shape, and investors reassured – would be inexcusable.” – Bloomberg
6. Pembebasan Anwar atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga sememangnya mengundang perbagai reaksi khususnya ketidak selesaan kem Mahathir. Selepas PRU ketika Anwar masih di hospital tentera cyber Mahathir Syed Akhbar Ali telah menulis fitnah dalam blognya yang menyatakan kononnya Zahid Hamidi hadir ke Hospital bertemu Anwar 11.00 malam untuk berunding. Malah dalam tulisanya dinyataan kiraan bagaimana Anwar (PKR) bergabung dengan Zahid (BN) juga Hadi (Pas) untuk membentuk kerajaan. Tulisan ini viral dan disalin siar oleh ramai pihak yang akhirnya ada yang mula mempercayai dan menulis amaran serta mendapat reaksi kecaman oleh netizen terhadap Anwar.
7. Hari ini pula kem Mahathir mula menyebar gambar keluarga Anwar menaiki jet rasmi Kerajaan. Antaranya Herman yang dikenali sebagai cytro taksub Mahathir juga menyiarkan gambar tersebut dengan komen menyatakan ini tidak bagus untuk Malaysia Baru. Malah ada yang menyamakan tindakan ini dengan tindakan Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan sebelum ini. SAMM sendiri antara yang awal mendedahkan butiran dan mengeluarkan kenyataan mengenai Rosmah menggunakan jet kerajaan sebelum ini.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/01/09/samm-kutuk-rosmah-guna-pesawat-kerajaan/
Untuk samakan tindakan Rosmah dan keluarga Anwar adalah sangat keterlaluan. Apa yang dikritik sebelum ini ialah kelayakan Rosmah menggunakan jet negara untuk dirinya sendiri dan jelas rekod penerbangan menunjukkan ia singgah di beberapa lokasi dan laluan yang sangat boleh dipersoalkan. Maka ia melibatkan perbelanjaan tambahan yang juga tinggi. Penerbangan yang menunjukkan keluarga Anwar menaiki jet kerajaan tidak sama kerana ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan yang serius. Sememangnya Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri layak menaiki jet tersebut dan membawa keluarga untuk urusan rasmi dalam negara tidak melibatkan perbelanjaan tambahan yang serius kepada kerajaan.
8. Namun adakah ia harus disokong 100%, jawapanya tidak. Dalam negara dan rakyat diajak berjimat adalah bijak untuk anggota kabinet mengekalkan kesederhanaan dalam urusan. Malah Anwar sendiri perlu lebih bijak khususnya ketika ramai sedang memerhatikan terutama mereka di kem Mahathir yang tidak selesa dengannya. Hanya berdoa Anwar berjaya mencapai cita – citanya menjadi Perdana Menteri malah ia turut menjadi cita – cita ramai warga dalam dan luar negara. Namun jika tidak hati hati ada kemungkinan Anwar tersungkur kali kedua di tangan Mahathir.