#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #MahathirBonekaDap #RinduZamanNajib #Mahafiraun #PM13Kerusi #PenyangakForex #SelagiKroniTidakMendapatHabuan
Belum tentu Anwar jadi PM dua tahun lagi, kata Mahathir
(Yahoo News) Tidak dapat dipastikan sama ada peralihan kuasa perdana menteri kepada ketua umum PKR boleh dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu dipenjara, sebagai perdana menteri menunggu.
Pengerusinya berkata keutamaan kini adalah untuk mengembalikan kekayaan negara dan menstabilkan ekonomi selain menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kalau boleh dalam masa terdekat, saya nak atasi masalah-masalah yang dihadapi, itulah tujuan saya.
“Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting. Yang penting adalah hasil kerja. Jadi inilah yang saya sedang usaha,” katanya.