ANWAR Ibrahim dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan kerana sukar bergerak selepas pulang dari Turki.
Anak kepada ketua umum PKR itu, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau dikejarkan ke hospital berdekatan.
“Ya serius,” katanya hari ini.
Menurut sumber, Anwar sukar bergerak berikutan masalah tulang belakangnya.
Beliau tiba dari Turki sekitar jam 5 petang hari ini. – 23 Jun, 2018