Assalamualaikum wbt
Salam seperjuangan
REVOLUSI MELAYU KEBANGSAAN
Masyarakat Melayu umumnya telah mengalami beberapa fasa perubahan. Setiap fasa yang telah kita lalui mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.
Setiap perubahan yang dilalui merupakan satu manifestasi revolusi masyarakat yang inginkan pembaharuan.
Pasca PRU14 menuntut kita untuk merevolusikan UMNO ke satu tahap yang lebih tinggi dan penting. Bukan sekadar revolusi dari sudut pendidikan, ekonomi, budaya, teknologi dan inovasi tetapi pemikiran dari segi taktik dan teknik perjuangan untuk UMNO memikul semua ini kehadapan.
UMNO harus bangkit dengan satu anjakan paradigma mengembeling tenaga-tenaga nasionalis Melayu baru bagi menggerakkan revolusi ini.
Mauduk revolusi harus membawa inisiatif-inisiatif baru untuk survival Melayu yang hak istimewanya semakin diusik setiap hari. UMNO perlu terus memikul peranan penting ini demi menjaga kepentingan orang Melayu walaupun cabaran kuat menghimpit. Strategi pengukuhan orang Melayu perlu terus diperhebatkan.
Untuk itu, pemikiran setiap lapisan generasi Melayu kena bersedia diubah dan dimantapkan. Pemikiran Melayu baharu perlu mempunyai nilai dan pegangan baru yang selari dengan aspirasi Perlembagaan Malaysia yang diilhamkan oleh datok nenek kita dulu.
Ilmu perang uhud dan kejayaan perang badar harus terus disiram sebagai baja bagi melahirkan ribuan lagi pakar pejuang bangsa. Malah apa yang sedang dilakukan oleh pemerintah hari ini perlu kita jadikan pengajaran untuk semua.
Jangan berdolak dalih lagi, satu bentuk ‘Revolusi Melayu Kebangsaan Baharu’ (RMKB) perlu direalisasikan segera bagi memastikan kelangsungan dan survival orang Melayu ini. Segala kekuatan yang ada pada kita perlu digunakan sebaik mungkin dan sedaya upaya bagi menggerakkan misi ini.
Kewujudan kita masih perlu. Agenda membela nasib orang Melayu yang semakin mencabar dan dicabar mesti disahut sepenuh jiwa dan raga.
Ingat! Peranan kita semua adalah penting bagi masa hadapan bangsa kita. Kegemilangan bangsa kita bukan untuk menjadi bahan antik yang mahsyor dilipatan sejarah tanah air.
Ikhlas dari saya
Haji Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2018-2021
NO 27
Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor
Timbalan Pengerusi BN Selangor
Calon PhD (IIUM)
#gemilangkanbangsaku
#revolusimelayukebangsaan
#Selangor4MT
#voteforDND4MT