#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #UneducatedPH #MalaysiaMemilih #PakatanMunaPHik
Beberapa jam selepas barisan Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan, Pemuda DAP mengkritik Perdana Menteri kerana tidak mengikuti senarai calon menteri yang dicadangkan kepimpinan parti itu.
Ini termasuklah senarai nama Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen.
Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh menyoal jika Dr Mahathir pada masa hadapan akan menolak setiausaha agung DAP sebagai menteri, jawatan tertinggi parti yang kini disandang Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Kini cadangan yang dikemukakan oleh DAP telah diketepikan, sekiranya Setiausaha Agung DAP juga ditolak pelantikannya atas mana-mana sebab pada satu hari nanti, adakah DAP tetap akan dipaksa menerima keputusan sebegini?” Soal Kah Woh dalam suatu kenyataan.
Malah, beliau mendakwa barisan Kabinet sekarang tidak mencerminkan jumlah kerusi yang dimenangi DAP.
Untuk rekod DAP memenangi 42 kerusi Parlimen, jumlah kerusi parlimen kedua terbanyak selepas PKR.
Menurut Kah Wonh keputusan sedemikian tidak menghormati cadangan pimpinan parti seperjuangan.
Guan Eng sewaktu berkempen dalam PRU14 menjanjikan kedua-dua pemimpin itu akan dilantik menjadi menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.
Bagaimanapun, Mahathir enggan menerima Kor Ming di dalam kerajaan sementara Chieng Jen pula dilantik sebagai timbalan menteri.
“Apabila keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan memberikan kuasa kepada YAB Perdana Menteri untuk memilih dan melantik menteri, sesungguhnya ini juga bermakna bahawa Perdana Menteri akan melantik menteri dalam kalangan senarai calon yang dikemukakan oleh parti-parti.
“… dan Perdana Menteri harus menghormati pilihan komponen parti dalam Pakatan HARAPAN supaya ia dapat membentuk sebuah kabinet yang sempurna,” katanya.
Menurutnya lagi, Pemuda DAP tidak mempersoalkan pertimbangan perdana menteri dalam memilih jemaah menterinya tetapi DAP tahu kemampuan calon-calonnya dengan lebih baik.
“Kritikan Pemuda DAP bukan kerana merebut jawatan menteri tetapi demi menghormati hasrat rakyat,” jelasnya lagi.
https://pakdin.my/tag/nga-kor-ming