Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin, rebah dari pentas ketika perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Putra, di sini, sebentar tadi.
Hadirin terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sedang berucap.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.
Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan mengalih badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.
Pasukan paramedik kemudian bergegas memberikan rawatan sebelum mengusung dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.
Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.
Lihat video:
https://youtu.be/YkjIRNWUd7I