#UndangUndangRimba #RuleOfLaw #KERAjaanTomato #PoliceState #MahaFiraun #FaktaBukanAuta
Pendedahan terkini melalui sumber yang dirahsiakan, pihak Polis telah membuat rampasan secara “pukal” ke atas semua barangan berkenaan. Sedangkan sebagaimana sedia maklum pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman mendedahkan, tindakan sitaan/rampasan yang di lakukan itu adalah yang disyaki berkaitan dengan siasatan 1MDB.
Pihak Polis yang menjalankan siasatan seharusnya bersikap lebih pro-aktif dan profesional. Seharusnya siasatan penuh di jalankan terlebih dahulu sebelum membuat rampasan ke atas barang kes. Pihak Polis haruslah memastikan barang kes yang di rampas mempunyai bukti yang kukuh bahawa ianya adalah hasil dari 1MDB dan barulah pengesanan ke atas barangan tersebut di lakukan dan kemudiannya diikuti dengan tindakan merampas/menyita.
Geliga Naga juga dimaklumkan oleh sumber berkenaan bahawa pihak Polis memberikan tumpuan ke atas dokumen, beg tangan, jam tangan, barang kemas dan wang tunai sebagai sasaran utama di dalam serbuan tersebut. Malangnya disebalik keghairahan membuat rampasan, barang rampasan tersebut di rampas secara “pukal” dan dipercayai sepenuhnya tiada kaitan dengan isu siasatan – 1MDB. Tindakan ini akhirnya akan membawa padah yang besar kepada pihak Polis Diraja Malaysia, benarkah sedemikian
Persoalan yang timbul adakah barang kes yang di rampas oleh pihak Polis dari kesemua premis yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib Razak itu mempunyai kaitan dengan salah laku yang di katakan berlaku di dalam 1MDB? Sebagaimana maklum, 1MDB bermula pada tahun 2013, manakala perlaksanaan 1MDB adalah pada 2014. Oleh itu apakah status barangan yang di rampas yang dimiliki oleh saspek sebelum tahun 2013 atau 2014?
Barang kes yang di rampas secara “pukal” itu terkandung yang dimiliki oleh saspek sebelum 2013, malah terdapat barang kes yang merupakan hadiah pemberian dari Negara lain kepada saspek, hadiah perkahwinan anak-anak saspek, barangan peribadi milik menantu saspek, barang peribadi milik cucu saspek dan barangan peribadi milik besan saspek.
Bagaimanakah pula “pengkelasan” ke atas barang kes tersebut di lakukan oleh pihak Polis? Bagaimana barang kes yang berupa hadiah perkahwinan milik anak saspek akan di “huraikan” melalui siasatan jika ianya bercampur aduk dengan barang kes yang lain.
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa berpandukan peruntukkan Undang-undang AMLA 2001, beban pembuktian bagi barang yang di rampas oleh pihak berkuasa adalah terletak di pihak saspek bagi menjawab cara mana perolehan barangan tersebut. Tetapi sekiranya barang yang dirampas itu “terang-terang” tercatit sebagai hadiah perkahwinan dan hadiah dari Istana Arab Saudi atau pembesar-pembesar Negara luar, kenapa ianya turut dirampas? Adakah tindakan itu menampakkan suatu keadilan dalam menjalankan tugas?
Geliga Naga berkeras bahawa pihak Polis seharusnya lebih teliti di dalam menjalankan tugas, jika tidak ia lebih bersifat penginayaan terhadap saspek selain akan menimbulkan persepsi negatif terhadap saspek dan keluarga.
Pada bahagian 3: nanti akan di kongsi bersama maklumat lain berkaitan dengan barang kes rampasan
Sumber: Geliga Naga
………………………..