9 Mei yang lalu kita telah beri kemenangan yang besar kepada Pakatan Harapan, hari ini sudah 80 hari lebih tiada 1 pun janji yang mereka tunaikan.
Apa yang lebih mengecewakan mereka kenakan rakyat 10% cukai SST.
Jika mereka umum 10% SST pada PRU 14 yang lalu belum tentu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri 2 kali.
Isu SST akan menumbangkan Pakatan lebih awal, sebagai Ahli Keadilan sejak zaman Refomasi Jalan Kebun, saya tak merasakan perkara sebodoh ini.
Rakyat buat perubahan untuk kita beri khidmat lebih baik bukan menekan lagi kehidupan rakyat dengan SST 10%.
Semalam Menteri dah bersuara akan naik kan kadar tarif air di Selangor dan mungkin kaji semula air percuma. Inikan style Rejim UMNO/BN yang dulu.
Kami sebagai penyokong penat nak basuh taik pemimpin diatas. Belum cukup SST, air percuma pula hendak ditarik.
Saya menyeru kepada rakan-rakan penyokong dan pendokong Pakatan Harapan, kita kena ajar Kerajaan hari ini di Sungai Kandis jika kita mahu Pakatan Memerintah lebih lama di Pusat.
Jika kita menyokong dasar yang membebankan rakyat kita saling tak tumpah seperti pemakan dedak zaman Najib Rosmah.
Ayuh 4 Ogos ini kita terjemahkan undi kita kepada Lokman Adam untuk beri isyarat kepada yang atas jangan layan rakyat mcm sampah.
Ini bukan soal Lokman Adam, bukan soal UMNO/BN, tapi ini sahaja cara untuk kita ajar pimpinan atas yang dah mula mendongak ke langit.
#KeluarUndiBantahSST