Keluaran khas The Star Online bertajuk GST vs SST, menerima komen negatif kerana sekumpulan pembaca dari kaum Cina telah melahirkan rasa kesal mereka terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang sedang berusaha untuk melaksanakan SST semula.
BACA: GST vs SST. Which is better? https://web.facebook.com/TheStarOnline/posts/10155141381387255
Selain daripada aduan mengenai harga makanan yang tidak turun, ramai yang mengaku bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan perkara yang betul apabila beliau memperkenalkan GST.
“Menurut komen salah seorang pembaca mendakwa bahawa Najib telah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan serta faedah bagi rakyat.
Ternyata kaum Cina akhirnya telah bangun dan sedar akan realitinya bahawa kerajaan “Shang Ri La” (surga duniawi atau fiksyen) Pakatan Harapan telah menjanjikan kepada mereka sesuatu yang tidak wujud atau janji palsu saja.
………