Bab ambik kredit dan curi hasil kerja pemimpin lain, Lim Guan Eng lah juaranya.
Bab bodoh dan langsung tak tahu buat kerja tapi asyik menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahannya, Lim Guan Eng memang tak tercabar.
Bab merompak harta rakyat, rasuah tapi sibuk tuding kepada orang lain, dia juga nombor wahid. Sampai sekarang dua kes rasuah dan salahguna kuasanya masih tergantung di mahkamah.
Begitulah apabila dia kata dan memberikan bukti yang dia juga pertahankan golongan miskin.
Dua bukti yang diberikannya jelas menunjukkan dia PEMBOHONG BESAR dan suka mencuri.
Dia kata Kerajaan PH telah mengambil langkah tambahan bayar RM400 sebagai tambahan Bantuan Sara Hidup kepada golongan B40.
KEPALA HOTAK DIA!
Bayaran Sara Hidup (BSH) itu sebenarnya BR1M yang telah diluluskan dalam pembentangan Bajet 2018 Oktober tahun lepas. BR1M cuma ditukar menjadi BSH apabila Pakatan menang.
Seperkara lagi bayaran tambahan tersebut sepatutnya RM800 bukannya RM400 seperti yang diumumkan oleh Lim Guan Eng.
Alasan kedua dia ialah harga petrol tetap RM2.20 satu liter walaupun harga minyak dunia sudah naik ke tahap RM290 setong.
Lagi sekali KEPALA HOTAK DIA.
September 2013, harga RON95 terpaksa dinaikkan kepada 20 sen menjadi RM2.10 apabila harga dunia ialah RM400 satu tong. Lim Guan Eng adalah orang yang paling kuat menyalak kononnya kerajaan zalim.
Apa yang telah dibuatnya untuk orang susah dan B40 sekarang?
Segala bajet yang telah diluluskan pentadbiran untuk golongan miskin dan B40 sebelum ini semua dikerat dan dihapuskan?
Dasar-dasar yang lebih melindungi kapitalis seperti insuran perubatan dan pengecualian cukai?
Itu yang dikatakan membantu?
Orang yang tersangat bodoh dan buta perut sahaja yang akan percaya cakap-cakapnya.
Rujuk:
Najib Razak : Lim Guan Eng perlu buktikan bahawa dia benar-benar mahu membantu golongan miskin bukan taukeh pasaran gelap
https://pakdin.my/najib-razak-lim-guan-eng-perlu-buktikan-bahawa-dia-benar-benar-mahu-membantu-golongan-miskin-bukan-taukeh-pasaran-gelap