#MahathirPenyamunFOREX
Kah kah kah apa kata penyamun FOREX BACA: Ringgit naik jika Najib turun, kata Tun M http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ringgit-naik-jika-najib-turun-kata-tun-m-1.436428
Ringgit terus susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini, mencecah paras terendah dalam tempoh lapan bulan dengan ketegangan yang meningkat antara Washington dan Ankara.
Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0970/1000 berbanding dolar AS daripada 4.0950/1000 semasa ditutup semalam.
Lihat sini: https://www.xe.com/currencycharts/?from=USD&to=MYR
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Nazri Khan Adam Khan berkata, pelabur kini bimbang mengenai keadaan itu yang memberi kesan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun.
“Malaysia akan terjejas berikutan kita adalah rakan dagang penting Turki, dengan negara itu menjadi ekonomi ke-18 terbesar di dunia. Bagaimanapun, prestasi ringgit (rendah) disebabkan faktor luaran, bukan domestik,” katanya.
Semalam, Turki membuat tindakan balas dengan memboikot produk elektronik dari AS selepas Washington mengenakan sekatan dan kenaikan tarif ke atas Ankara berikutan penahanan seorang paderi AS.