Pagi ini, Kementerian Kewangan memuatnaik satu hantaran (posting) infografik di laman rasmi Facebook mereka yang memaparkan perbandingan harga barangan di bawah cukai SST dan cukai GST.
Pengiraan untuk GST yang ada di dalam infografik ini ternyata salah kerana tidak mengambil kira input GST yang boleh dituntut balik oleh pengilang, pemborong dan peruncit. Jika mengikut pengiraan yang betul, harga jualan kepada pengguna di bawah cukai GST dengan menggunakan margin keuntungan yang sama sepatutnya RM152.64 dan bukan RM171.49.
Selepas menyedari kesalahan itu lantaran dikecam pengguna Facebook, Kementerian Kewangan memadamkan posting FB ini beberapa jam kemudian.
Integriti Kementerian Kewangan tentang hal cukai dan pengiraan amat penting dan kesalahan dalam pengiraan cukai begini tidak patut dilakukan. Bagaimana sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap cukai itu sendiri tidak tahu pengiraan yang betul?
Setahu saya, selama 9 tahun saya menjadi Menteri Kewangan, kita tidak pernah membuat posting dengan pengiraan yang amat ketara kesilapannya dan tidak penah memadam sebarang posting.
Infografik ini dibuat dan diterbitkan oleh BERNAMA dan saya dapati mereka masih menggunakan infografik ini sehingga tular.
Walaupun YB Tony Pua yang merupakan penasihat kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng pernah berucap dengan begitu yakin di Parlimen bulan lalu bahawa SST akan mengurangkan harga barang (Hoh! Satu kenyataan yang paling berani) dan kerajaan PH bertegas mempertahankan cukai SST mereka, saluran rasmi kementerian dan informasi kerajaan tidak patut digunakan untuk menipu rakyat dengan pengiraan yang ternyatanya sangat salah.
Biar rakyat menilai dengan sendiri pada hari ini iaitu hari pertama cukai SST dilaksanakan jika harga barang telah turun ataupun SST hanya dibayar oleh pengilang sahaja.
UPDATE: Nampaknya BERNAMA baru-baru sahaja telah memadamkan posting mereka juga.
Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155561561875952/
…………
Propaganda SST kantoi, laman FB Kementerian Kewangan padam status!
Laman facebook Kementerian Kewangan Malaysia telah memadam satu status propaganda infografik mengenai perbezaaan diatara SST dan GST yang dipetik dari Bernama.
Status tersebut dipadam setelah dikecam teruk oleh netizen kerana memberikan fakta yang tidak tepat.
Sementara itu, netizen mengecam laman facebook Kementerian Kewangan kerana cuba berfungsi sebagai media propaganda.
SST diperkenalkan semula hari ini bagi menggantikan GST yang telah dibatalkan baru-baru ini.
Pegawai khas menteri kewangan, Tony Pua sebelum ini berkata SST akan menyebabkan harga barang lebih murah.
Walau bagaimanapun, pelbagai resit ditunjukkan oleh netizen hari ini membuktikan SST telah menyebabkan harga makanan dan barangan meningkat.
GST dikatakan menjadi penyebab harga barang naik yang kemudian digunakan oleh Pakatan Harapan sebagai bahan kempen utama ketika PRU 14.
Walau bagaimanapun, setelah GST berkadar sifar pada 1 Jun lepas, tiada harga barang turun, sebaliknya hanya harga tomato sahaja yang mengalami penurunan.