Kenyataan Media Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Azis Jamman
BACA sini: [VIDEO] Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN ‘Skodeng’ seluar dalam wanita cina
https://bit.ly/2oSHAUJ
1. Saya mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman video CCTV yang tular dalam media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang bersama saya semasa pemeriksaan mata dijalankan.
2. Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata tersebut dijalankan.
3. Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.
4. Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.
5. Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya.
Terima kasih
Dato’ Azis Jamman
Timbalan Menteri Dalam Negeri
………………..
Timbalan Menteri sudah mengaku individu tersebut adalah pegawainya. Maka pihak polis boleh membuat tangkapan dan kenakan tindakan.
Tindakan memecat sahaja adalah tidak memadai memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah sangat berat disamping mencalarkan kredibiliti KDN.