Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKRM2.6 bilion: Najib dedah...

RM2.6 bilion: Najib dedah dokumen buktikan tuduhan Mahathir dan Sarawak Report fitnah semata-mata - pakdin.my

Berikut merupakan posting di laman Facebook Najib Razak yang menceritakan segala-galanya berkenaan pemberian dana dan hadiah kepada beliau oleh Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi.

Dalam posting berkenaan, Najib turut menyertakan dokumen-dokumen sah yang membuktikan bahawa segala tuduhan-tuduhan Dr Mahathir Mohamad, Sarawak Report berserta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain adalah tohmahan dan fintah semata-mata

…………

Najib Razak

Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah – kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja Abdullah pada 2010 di mana baginda turut meminta agar ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya dengan pembiayaan.

Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi.

Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.

Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan. Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan.

Saya kemudian dapati jumlah pembiayaan yang dijanjikan untuk beberapa tahun itu adalah lebih rendah daripada negara jiran Arab Saudi yang terjejas teruk daripada Arab Spring.

Memandangkan saya bukan lagi Perdana Menteri dan Raja Abdullah telah mangkat (Al-Fatihah), saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperolehi dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian besar darinya. Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama.

Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-Saud menulis kepada saya, memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan US$100 juta (RM415 juta) kepada saya bagi tahun 2011.

Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi tahun 2011 menunjukkan yang US$20 juta dipindahkan daripada akaun Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud dan US$80 juta dipindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada saya.

Sebahagian besar dana yang saya terima digunakan bagi tujuan politik BN. Sebagai contoh, saya telah berikan dana ini kepada UMNO Johor bagi membeli beberapa van. Malangnya, kerajaan PH baru-baru ini telah menyita van-van ini.

Surat bertarikh 1 Februari 2011 ini adalah surat pertama daripada beberapa surat daripada putera yang sama dihantar kepada saya bersama sumbangan tahun-tahun kemudian.

Salinan surat-surat ini turut dilampirkan bersama dana yang dipindahkan ke akaun saya di Ambank bagi tempoh beberapa tahun. Sama ada BNM mahupun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap sumbangan ini, kerana ia turut dilampirkan dengan surat pengesahan.

Sebab itu, Kementerian Luar Arab Saudi sudah dua kali mengesahkan secara terbuka bahawa kerajaan mereka memberi sumbangan kepada saya tanpa sebarang syarat terhadapnya.

Kira-kira dua bulan lalu, Tun Mahathir kecewa apabila Arab Saudi enggan menafikan bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan kepada saya.
https://www.malaymail.com/s/1649539/dr-m-says-saddened-by-saudi-arabias-refusal-to-clarify-rm2.6b-donation

Sebulan kemudian, kerajaan PH menutup Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur.

Pada status FB akan datang atau melalui temuramah dengan media di mana saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci sambil menunjukkan bukti, saya juga akan menjelaskan mengenai sumbangan yang saya terima bagi tahun-tahun selepas 2011 – termasuk isu RM2.6 billion.

……………..

Rujukan:

Derma King Saud: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti mencadangkan wang dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib Razak
https://pakdin.my/derma-king-saud-gabenor-bank-negara-tan-sri-zeti-mencadangkan-wang-dimasukkan-kedalam-akaun-peribadi-najib-razak/

[Bahagian 2] Derma King Saud: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti mencadangkan wang dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib Razak
https://pakdin.my/bahagian-2-derma-king-saud-gabenor-bank-negara-tan-sri-zeti-mencadangkan-wang-dimasukkan-kedalam-akaun-peribadi-najib-razak/

[Video] NGO mahu polis siasat Zeti, Shukri dan Thomas
https://pakdin.my/video-ngo-mahu-polis-siasat-zeti-shukri-dan-thomas/

Laporan polis dibuat terhadap Tommy Thomas, Zeti dan Shukri semalam – sidang akhbar akan diadakan hari ini
https://pakdin.my/laporan-polis-dibuat-terhadap-tommy-thomas-zeti-dan-shukri-semalam-sidang-akhbar-akan-diadakan-hari-ini/

Satu hari, satu pembohongan dari Shukri Abdul
https://pakdin.my/satu-hari-satu-pembohongan-dari-shukri-abdul

Petikan kertas siasatan terhadap Najib yang disediakan oleh Shukri ketika Timbalan Ketua SPRM didedahkan
https://pakdin.my/petikan-kertas-siasatan-terhadap-najib-yang-disediakan-oleh-shukri-ketika-timbalan-ketua-sprm-didedahkan/

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883