Dewan Negara hari ini menolak usul pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 selepas dibacakan buat kali kedua.
Keputusan menolak pemansuhan rang undang-undang itu dibuat hasil undi belah bagian oleh ahli-ahli Dewan Negara.
Undi belah bagian tersebut menunjukkan 28 ahli Dewan menolak pemansuhannya, manakala hanya 21 yang menyokong dan tiga lagi tidak mengundi.
Undi belah bagian itu diusulkan Senator Khairul Azwan Harun dan perkara itu dipersetujui Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri, S. A Vigneswaran selepas usul berkenaan disokong lebih daripada lapan senator Barisan Nasional (BN).
…..
https://pakdin.my/tag/antiberita-tidak-benar