Nampak tak siapa boss besar berani menegur Menteri dalam Pakatan Harapan?
Perdana Menteri, Mahathir sendiri tidak berani menegur jemaah menteri yang beliau lantik.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menasihati Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya tidak terperangkap dengan propaganda Umno dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya menasihati Menteri Pendidikan Maszlee Malik untuk berhenti bercakap mengenai stokin dan kasut sekolah.
“Ini supaya beliau tidak terjerumus dengan perangkap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan cybertrooper serta tukang propaganda Umno yang mahu mempamerkan imej beliau sebagai menteri yang biasa-biasa dan kurang mempunyai visi serta matlamat dalam transformasi pendidikan di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lim secara menyindir berkata Maszlee sebaliknya perlu membuktikan beliau merupakan menteri pendidikan yang lebih baik berbanding Najib ketika memegang jawatan berkenaan sejak tahun 1995 hingga 2000.
……..
Rujukan:
Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh
https://pakdin.my/menteri-pendidikan-kita-berpandangan-jauh/