Tiada salahnya dengan parti keramat ini, dan perlu diingat kerana ahli UMNO jugalah Tun bertahan selama 22 tahun hingga berjaya menjadikan anak anak Tun Bilionair. Adakah Tun sudah lupa?
Tun menuduh pemimpin UMNO sebagai penyangak dan pencuri diulang ulang sejak pembangkang hinggalah sudah menjadi kerajaan.
Hakikatnya di era pemerintahan UMNO BN jugalah rakyat menikmati bermacam macam bentuk bantuan daripada kerajaan berbanding sekarang segalanya sudah dihapuskan.
Sepatutnya kerajaan sekarang perlu fokus jalankan kerja kerja sebagai pemerintah,tunaikan janji janji ditabur pada PRU14 lepas dan membantu rakyat.
Adakah Tun sedang dalam ketakutan sejak Ds Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen?
InshaAllah kami ahli UMNO akan terus istiqomah kekal dalam saf perjuangan walau ditekan teruk oleh pemerintah sekarang.
*ZAHIDA ZARIK KHAN*
(Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)
Check out @ZahidaZK’s Tweet: https://twitter.com/ZahidaZK/status/1054360222049816576?s=08