Pada satu bahagian Tun berkata, “UMNO sudah tiada. Umno tidak lagi memperjuangkan agama Islam, bangsa dan negara.”
Bahagian lain dia cakap macam ini pula:
“Saya sedar idea saya terpaksa disesuaikan dengan fikiran mereka (parti dalam PH)… ada mirip pemikiran sosialisme… ada liberalisme.
“Jadi saya terpaksa terjemahkan sesuatu perkara ini untuk disesuaikan dengan pelbagai aliran pemikiran yang ada”
Jadi siapa yang menjual agama, bangsa dan negara? 😂
…………
Mahathir: “Kita tidak ada duit curi untuk bagi bantuan BR1M dan Nelayan.”
Duit BR1M dan bantuan nelayan, JKM dan lain-lain datang dari dana kerajaan. Kalau wang tersebut dicuri buat apa masuk dalam akaun kerajaan?
Ini pun ramai mahacai kata jawapan Tun hebat dan mantap😂 Kasihan PM asyik kena tipu dengan Lim Guan Eng.