Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir yang amat terkenal dengan ketegasan dan kelantangannya bersuara dijadualkan akan bersemuka dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai isu sumbangan derma 2.6 Billion kepada bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.
Adel tiba sejak semalam, dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Malaysia di Putrajaya esok.
Adel difahamkan amat hairan dengan Kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan dan juga Perdana Menteri Tun Mahathir kerana masih tidak dapat menerima isu derma tersebut dan seterusnya menyalahkan DS Najib tanpa sebab.
Sejak 2016, Najib secara konsisten menafikan bahawa wang itu diselewengkan dari 1MDB dan mendakwa bahawa ia adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Adel juga telah dilaporkan berkata: “Kami menyedari tentang derma itu dan ia sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat perkara itu dengan teliti dan tidak menemui sebarang salah laku.
“Jadi, bagi kami, perkara itu telah ditutup”.kata Adel pada ketika itu.
Tun Dr. Mahathir juga pernah dipetik berkata hanya Negara Arab yang “gila” sahaja yang akan derma sebanyak RM2.6 Billion.
Berikutan dari itu, Wisma Putra mengesahkan Adel dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di pejabat Perdana Menteri sebelum menamatkan lawatan beliau selama 3 hari di negara ini.
Wisma Putra masih belum mengesahkan samada Perdana Menteri Tun Mahathir akan berjumpa dengan Adel atau tidak.
………………………..
Menteri Saudi sahkan ‘derma’ Najib akan jumpa Mahathir
(http://news-us.dailyadvent.com/news/detail/d62aa641b94a06fb25337b96c272ebbe_my)
Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir, yang pada tahun 2016 pernah dilaporkan sebagai berkata dana berbilion ringgit yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah “sumbangan tulen” kini berada di negara ini untuk lawatan kerja tiga hari.
Beliau tiba sejak semalam, dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Malaysia di Putrajaya esok.
Menurut Bernama yang memetik kenyataan Wisma Putra hari ini, Adel dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabat Perdana Menteri sebelum menamatkan lawatan beliau.
Beliau juga dijadual bertemu Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra.
Pada April 2016, Adel, semasa pertemuan dengan menteri luar ketika itu, Datuk Seri Anifah Aman di Istanbul, ditanya tentang wang berbilion ringgit yang berada di akaun bank peribadi Najib.
Najib secara konsisten menafikan bahawa wang itu diselewengkan dari 1MDB dan mendakwa bahawa ia adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Adel dilaporkan berkata: “Kami menyedari tentang derma itu dan ia sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat perkara itu dengan teliti dan tidak menemui sebarang salah laku.
“Jadi, bagi kami, perkara itu telah ditutup”.
Berikutan itu, kerajaan BN berulang kali merujuk kepada kenyataan Adel dalam mempertahankan Najib.
BN digulingkan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. Ia tumbang selepas berkuasa selama 61 tahun sejak merdeka.