Semalam, Menteri Kewangan telah memberi jawapan bertulis kepada ahli parlimen mengenai hutang kerajaan.
Jawapan beliau adalah berikut:
1. Hutang rasmi kekal pada RM686 bilion. Jumlah RM1 trilion yang tak lekang di bibirnya adalah termasuk pembayaran pajakan sehingga tahun 2045!
Apa kata anda masukkan sekali kesemua bayaran pajakan dan perjanjiaan sewaan sehingga tahun 2100, Tentu propaganda hutang negara boleh naik sehingga RM2 trilion ataupun RM3 trilion. Lebih sedap didengar berbanding RM1 trilion.
2. Kerajaan telah mengeluarkan RM87.5 bilion hutang baru dari Januari hingga September. Berdasarkan laporan BNM, jumlah keseluruhan hutang pada penghujung Mac 2018 ialah RM705 bilion atau peningkatan RM19 bilion memandangkan hutang rasmi kerajaan kekal pada RM686 bilion pada penghujung 2017.
Ini bermakna kerajaan baharu telah meminjam sehingga RM60 bilion lagi hutang baharu sejak mereka ambil alih pentadbiran.
3. Jawapan Guan Eng juga mengesahkan bahawa tahap hutang kerajaan BN bagi tempoh 10 tahun hanya meningkat daripada 49.8 peratus pada 2010 kepada 50.8 peratus pada 2017.
Malah, peningkatan ini turut disifatkan Guan Eng sebagai dasar kitaran balas (counter cylical), termasuk pakej rangsangan RM67 bilion, bermakna kerajaan BN telah ambil langkah langkah wajar untuk meminjam dan berbelanja bagi menyelamatkan negara dari terjerumus ke dalam kemeseletan.
Disebalik segala propaganda dan putarbelit serta penipuan di luar parlimen untuk memburukkan kerajaan lalu, apabila di Parlimen, mereka dikehendaki bercakap benar.
Ini jawapan rasmi bertulis parlimen. Boleh baca.
………..
Rujukan: