Setiausaha agung Umno hari ini memuat naik foto Menteri Kewangan Lim Guan Eng “tidur” di Parlimen melalui akaun Twitternya.
Tan Sri Annuar Musa memuat foto Lim ketika wakil Barisan Nasional (BN) membahaskan Belanjawan 2019, dengan mengemuka alternatif Inisiatif Ekonomi Rakyat (IER).
“Menteri kewangan kerajaan tertidur…atau terus tidur?” coret ahli parlimen Ketereh hari ini.
Shadow MenKew BN sedang membahaskan BAJET 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat(IER)/@bajet alternatif..
MenKew Kerajaan tertidur…atau terus tidur??? pic.twitter.com/5XIURy3ZdQ— Annuar Musa (@AnnuarMusa) November 12, 2018
Portfolio kewangan dipantau ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan tiga lagi wakil rakyat BN.