Bekas menteri besar Selangor menyifatkan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa ini jauh berbeza dengan “Mahathir” yang dulu.
Menganggap kerajaan dalam “kekalutan”, Dr Mohamad Khir Toyo kesal kerana perdana menteri berulang kali menyebut pentadbirannya disabotaj kakitangan kerajaan.
Sedangkan, beliau berkata ramai kakitangan kerajaan “rindu dengan kepimpinan Dr Mahathir yang mereka kenal dulu” ketika beliau masih perdana menteri keempat.
“Harapan menggunung itu kini hancur bila mereka sedar Tun Mahathir hari ini jauh sekali berbeza dengan Tun Mahathir (yang) dulu,” coretnya di Facebook hari ini.
Justeru, Dr Mohamad Khir menasihati Dr Mahathir supaya berhati-hati dengan orang sekelilingnya khususnya menteri yang “hebat dimulut” tapi “kosong” tindakan.
Beliau juga mendapati perdana menteri dikelilingi menteri “lebih banyak lalang dari padi” berikutan kerajaan tiada arah tuju jelas selain menyalahkan kerajaan lama.
“Natijahnya hingga ke hari ini tiada perkara baru yang mereka lakukan kecuali mengulangi polisi lama dengan jenama baru”.
Beliau bimbang ia membawa “petaka kepada negara” kerana menteri “cuci mulut, kaki dan tangan” apabila hasil kerja “haru biru” lalu menyalahkan pegawai kerajaan.
“Depan mereka bercakap petah menyalah orang lain bagai lalang tegak tinggi lakunya, kerana mereka tak mampu jadi padi maka padilah dipersalahkan, mengapa ada padi dibendang sedang lalang tumbuh melata”.
………………
LEBIH LALANG DARI PADI
Saya dapat merasai kekalutan semua pegawai Kerajaan bila mana Tun Dr Mahathir berulang kali membuat Kenyataan pegawai Kerajaan yang ada hari ini mensabotaj Kerajaan PH.
Diantara punca PH gagal melakukan tranformasi yg dijanjikan ialah kerana pegawai Kerajaan tidak mengikut kehendak Pak Menteri.
Pegawai Kerajaan masih setia dgn BN,
pegawai Kerajaan yg korup dan pegawai Kerajaan malas serta tak tahu buat kerja, inilah antara punca utama,yg di laporkan kepada Tun Mahathir oleh Pak Menteri nya.
Melalui pengalaman saya, majoriti pegawai Kerajaan di negara ini memiliki kualiti pengetahuan yg sangat baik dan tahap profelisma jauh lebih tinggi waima jika dibandingkan dgn pegawai Kerajaan negara maju.
Mereka selalunya akan melakukan yg terbaik semampu yg mereka boleh, Jika mereka menerima arahan yg jelas dan visi yg mereka kongsi bersama.
Selama hari ini mereka melakukannya dgn Kerajaan BN dan hasilnya dapat dilihat dan dirasai oleh semua kita rakyat Malaysia.
Sebahagian besar tempoh itu mereka lakukan bersama Tun Dr Mahathir, 22tahun masa mereka habiskan bersama pemimpin ug sangat mereka hormati kerana menghasilkan sebuah negara membangun yg jauh kedepan dinandingkan negara membangun ugh lain.
Sebenarnya bila PH menjadi Kerajaan dan Tun Dr Mahathir diangkat semula menjadi PM, mereka rindu dgn kepimpinan Tun Dr Mahathir yg mereka kenal dulu,dasar Bersih, Cekap, Amanah, Penerangan nilai nilai islam dan dasar pandang ke timur menjadikan mereka cukup taksub dan sanggup bekerja lebih masa tanpa tuntutan elaun tambahan.
Harapan menggunung itu kini hancur bila mereka sedar Tun M, hari ini jauh sekali berbeza dgn Tun M dulu.
Sehingga hari kita tidak dengar arah tuju yg jelas apa rupa bentuk perubahan yg ingin PH lakukan, selain mengutuk sistem yg telah sebati dgn mereka, ironinya sebahagian besar nya di perkenalkan oleh orang yg sama.
Kekalutan ini bertambah parah lagi, bila Tun M,di kelilingi oleh Pak menteri yg hebat dimulut tapi kosong di tindakan,cakap lain buat lain,hasilnya haru biru kemudian pegawai dipersalahkan, Pak Menteri cuci mulut,kaki dan tangan.
Bila pegawai susun cadangan dan dasar baru, pak menteri tolak mentah mentah kadang tak baca pun yg keluar dari mulut mereka ini polisi Kerajaan lama,kami PH ada cara kami utk meningkatkan kualiti hidup rakyat .
Natijah nya hingga ke hari ini tiada perkara baru yg mereka lakukan kecuali mengulangi polisi lama dgn jenama baru.
Tiada faedahnya menyalahkan pegawai Kerajaan kerana kegagalan Pak menteri, dan ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri.
Tun ,sayugianya rakyat semangkin resah dgn kos hidup yg semakin menyesakkan, dua tiga bulan lagi ramai yg lemas dan ini akan membawa petaka kepada negara.
Tun, waspadalah apa yg ada di sekeliling Tun hari lebih banyak lalang dari padi.Depan mereka bercakap petah nenyalahkan orang lain bagai Lalang tegak tinggi lakunya kerana mereka tak mampu jadi padi maka padilah dipersalahkan, mengapa ada padi dibendang sedang lalang tumbuh melata.
Hebat lalang tegak berdiri,
Hebatnya padi tunduk berisi,
Lagak orang sombong sendiri,
Indah nya insan diam berisi,
Baiknya pemimpin tak makan puji,
Sempurnanya manusia dipuji ilahi.