DAP menegaskan prinsip parti itu tidak akan berubah walaupun berjaya memerintah negara ini dengan bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, DAP akan tetap dengan dasar parti itu iaitu sebuah parti demoktarik sosial yang mahukan hak sama rata untuk setiap agama dan kaum di Malaysia.
“Ia tidak bermakna kita mengorbankan prinsip-prinsip kita apabila bekerjasama dengan pihak lain. DAP masih parti “Malaysian Malaysia”. Kami masih sebuah parti demokratik sosial.
“Kami bersama-sama dengan pihak lain bagi membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan DAP Pusat hari ini.
Kok Wai dalam pada itu menegaskan dap akan tetap dengan dasar parti mereka.
Konsep “Malaysian Malaysia” bermaksud Malaysia untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa, kali pertama diungkapkan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang juga Setiausaha Agung PAP pada tahun 1964 ketika mengkritik Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak-hak keistimewaan kepada kaum Melayu.
Kuan Yew telah mempertikaikan kontrak sosial itu yang disifatkannya sebagai mendiskriminasi kaum bukan Melayu.
Selepas PAP diharamkan di Malaysia ekoran pemisahan Singapura pada tahun 1965, slogan ‘Malaysian Malaysia’ telah diwarisi parti baharu, DAP, yang ditubuhkan pada 1966.
Roh pejuangan ‘Malaysian Malaysia’ DAP dimaktubkan dalam Deklarasi Setapak yang diikrarkan pimpinan parti itu pada tahun 1967.
“Perkara pertama yang perlu dilakukan jika kita hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum adalah menjauhi apa-apa idea hegemoni kaum oleh satu komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali..”
Asas DAP melalui ikrar Deklarasi Setapak itu bercanggah dengan Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang mahu hak istimewa kaum Melayu diperkukuhkan;
Jelas sekali, ikrar DAP untuk menumpaskan dan menyingkirkan hegemoni kaum yang disebutkan dalam Deklarasi Setapak itu adalah satu bentuk penderhakaan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan menyalahi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Rujukan:
Deklarasi Setapak DAP
https://dapmalaysia.org/parti/matlamat/deklarasi-parti/deklarasi-setapak/
Deklarasi Setapak DAP: Gelaran “Bumiputera” mesti dimansuhkan?
https://pakdin.my/deklarasi-setapak-dap-gelaran-bumiputera-mesti-dimansuhkan/