Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor jam 6.20 petang, hari ini.
Perkara berkenaan disahkan oleh adiknya, Abdul Lazam.
“Jenazah abang saya akan dibawa ke rumahnya di Presint 10, namun tidak tahu lagi (bila akan dibawa). Saya pun belum berada di hospital dan mahu ke sana,” katanya.
Allahyarham yang berusia 79 tahun sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini, pada 13 November lalu akibat masalah paru-paru berair.