Persoalan yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapa yang menjadi dalang untuk menutup kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka melarikan diri dari negara dan bersembunyi? Dan juga, mengapa laporan bedah siasat mengabaikan kenyataan dari saksi yang membuat laporan polis mengenai “punca kematian”?
Raja Petra Kamarudin
“Cover up” akan dibuat. Kerajaan Pakatan Harapan mahu mengurangkan ketegangan antara kaum dengan mengatakan bahawa punca kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah disebabkan oleh “kecerderaan dada”.
Laporan berita dari NST (https://www.nst.com.my/news/exclusive/2018/12/441955/exclusive-additional-fractures-adibs-death-due-chest-injuries) berkata, “A report that will be prepared details the type of injuries he suffered, including internal ones, and what could have caused them; including if they were inflicted by a third party, as well as expert opinions on how they could have happened.”
Pihak polis sudah pun mengetahui bagaimana ianya berlaku kerana mereka menerima laporan dari anggota bomba lain, yang juga berada di tempat kejadian. Kesemua mereka mengesahkan bahawa Adib diseret keluar dari jentera bomba dan dipukul oleh sekumpulan India. Para saksi telah pun mengenal pasti penyerang-penyerang yang terlibat.
Empat orang India yang masih bebas dengan jaminan dan mereka masih tidak ditangkap semula dan didakwa atas kes membunuh
Kes itu pada asalnya diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, atau cubaan membunuh. Oleh kerana Adib telah meninggal dunia, kes ini patut ditukarkan ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bermaksud membunuh.
Keempat suspek itu harus ditangkap semula dan tuduhan terhadap mereka perlu dipinda daripada cubaan membunuh (S.307) ke membunuh (S.302) dan jaminan mereka juga patut dibatalkan kerana tidak ada jaminan untuk sesiapa yang didakwa dibawah “capital offence”.
Sehingga hari ini, Peguam Negara, Tommy Thomas, tidak memberi “green light” kepada pihak polis untuk menahan semula suspek dan mendakwa mereka dengan pertuduhan yang dipinda. Maklumat yang diterima oleh pihak polis adalah dengan kelengahan ini, ia membolehkan suspek untuk meyelinap keluar dari negara ke tempat yang mereka boleh berlindung. Ini membuatkan IGP sangat kecewa.
Sementara itu, anggota bomba yang menyaksikan insiden menyebabkan kematian rakan sekerja mereka sangat tidak berpuas hati dengan “cover up” yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Apa yang kerajaan mahukan berkaitan punca kematian Adib menjadi kabur dan puncanya adalah disebabkan oleh “kecerderaan dada”. Akan tetapi, ramai anggota bomba menyaksikan bahawa Adib sebenarnya dipukul sehingga mati.
India dari Pakatan mahukan kematian Adib ini menjadi satu situasi yang tidak serius untuk mengelak terjadinya tindak balas yang buruk terhadap kerajaan Pakatan.
Persoalan yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapa yang menjadi dalang untuk menutup kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka melarikan diri dari Negara dan bersembunyi? Dan juga, mengapa laporan bedah siasat mengabaikan kenyataan dari saksi yang membuat laporan polis mengenai “punca kematian”?
“Cover up” ini dan konspirasi yang membolehkan pembunuh melarikan diri dari hukuman akan menjadi lebih sensasi dari kes pembunuhan itu sendiri dan jika ianya tidak ditangani dan juga dijelaskan dengan baik ia akan memecah belahkan Malaysia.
Rujukan:
Additional fractures – Adib’s death due to ‘chest injuries’
https://www.nst.com.my/news/exclusive/2018/12/441955/exclusive-additional-fractures-adibs-death-due-chest-injuries
Sumber: Malaysia-Today.net