Yang ironinya, penubuhan PPBM adalah idea Kit Siang (sama seperti Amanah). Ia adalah senjata yang bertujuan untuk memecah-belahkan orang Melayu. Sekarang senjata yang sama akan menyatukan orang Melayu. Ramai yang menentang Mahathir pada PRU 14 dan mereka tidak teragak dan bersedia untuk menyokong Mahathir dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. DAPlah yang membuatkan orang Melayu yang bermusuh diantara satu sama lain bertukar menjadi kawan. Itulah bagaimana orang Cina akan mengingati Kit Siang.
………….
“End game” yang dimainkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mudah. Menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan orang lain. Ini adalah “end game” yang sama dimainkan pada tahun 2006, dimana Tun Abdullah Ahmad Badawi digulingkan dan menggantikannya dengan orang lain.
Ketika itu, ‘orang lain’ yang dimaksudkan tidak berapa jelas tetapi Mahathir sudah pun mempunyai tiga orang calon. Najib, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin. Calon-calon yang disenarai pendek oleh Mahathir ini juga akan bergantung kepada siapa yang bersetuju dengan terma dan syaratnya.
Mahathir mengumumkan terma dan syaratnya dalam satu pertemuan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, tidak lama selepas pilihan raya Mac 2008. Dimana yang menjadi Perdana Menteri mestilah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Presiden (sekarang dikenali sebagai Council of Eminent Person atau CEP)
Ku Li tidak bersetuju dengan CEP dan Najib telah menjadi Perdana Menteri
Ku Li tidak bersetuju dengan CEP dan Najib setuju. Jadi, Najib menjadi Perdana Menteri yang baru pada April 2009.
Tetapi CEP tidak pernah diwujudkan (sehingga tahun 2018). Najib telah mempermainkan Mahathir. Selama empat tahun Mahathir memujuk dan mengacau Najib dan akhirnya kerana tidak tahan dikacau, Najib tidak menghiraukan Mahathir dan enggan menjawap panggilannya. Selama enam bulan Najib enggan bercakap atau menjawap panggilan Mahathir dan pada masa itu lah Mahathir memutuskan bahawa Najib harus disingkir.
Menggulingkan Najib sebenarnya adalah lebih susah. Sebaliknya Najib gulingkan Mukhriz dan membuat Mahathir sendiri untuk keluar dari Umno. Mahathir perlukan “Plan B”. Dan pada ketika itulah Kit Siang telah berbisik ke telinga Mahathir bahawa “Plan B” adalah menubuhkan Umno Baru Lagi Baru untuk mencuri pemimpin, ahli dan penyokong di dalam Umno. Menggantikan Umno baru kepada Umno Baru Lagi Baru.
Najib degil untuk mendengar cakap Mahathir jadi dia harus di jatuhkan
Sebenarnya ia adalah satu rancangan yang bijak. Membentuk Umno baru dan membunuh Umno lama. Atau dalam kes ini, membentuk Umno yang lebih baru untuk membunuh Umno baru yang telah membunuh Umno lama iaitu pada tahun 1988. Tetapi Kit Siang terlepas pandang perkara yang paling penting sekali iaitu, apa akan terjadi kepada Umno Baru Lagi Baru SELEPAS Umno baru dibunuh?
Kit Siang bukanlah orang yang berpandangan jauh. Jika tidak, dia tidak akan bercakap dan melakukan banyak perkara yang dilakukannya 50 tahun dahulu. Hari ini, Kit Siang terpaksa memakan kata-katanya dan juga menjilat ludahnya sendiri. Kit Siang kini menentang prinsipnya sendiri demi kepentingan politik atau maksud yang lebih mudah adalah Kit Siang tidak mempunyai prinsip.
Dalam erti kata lain, kit siang tidak ubah seperti pelacur politik
Kit Siang menyakinkan Mahathir untuk menubuhkan PPBM kerana ia dapat memecahkan Melayu
“Plan B” Kit Siang adalah Umno akan dibahagi kepada dua. DAP telah pun berjaya membahagi PAS kepada dua dengan wujudnya Amanah. Jadi, jika Umno berjaya dibahagi kepada dua, dan PKR juga dibahagi dua antara ‘Team Azmin’ dan ‘Team Anwar’, orang Melayu akan dibahagikan kepada enam kumpulan sedangkan orang cina utuh bersatu, sekurangnya-kurangnya 95% di bawah DAP.
Orang Melayu boleh mencapai 60% daripada populasi. Berbanding orang Cina hanya satu pertiga. Tetapi, jika berpecah kepada enam dan secara purata 10% pada setiap kumpulan berbanding lebih dari 30% dari orang Cina. Ini adalah apa yang dimaksudkan oleh Sun Tzu dengan membahagikan musuh. British juga menggunakan strategi yang sama dengan berlatar belakangkan strategi membahagi dan memerintah, British dimana hanya mempunyai seramai 150,000 orang berjaya menakluk dan memerintagh 300 juta orang India.
Akan tetapi, Kit Siang terlepas pandang pada satu perkara. Perkara itu adalah Kit Siang adalah orang Cina dan bukan orang Melayu. Dia tidak akan memahami jiwa Melayu.
Biarkan orang Melayu bersendirian dan mereka akan bergaduh diantara satu sama lain tapi jika mereka diancam, mereka akan bersatu
Biarkan orang Melayu bersendirian dan mereka akan bergaduh diantara satu sama lain. Mengancam kedudukan mereka sebagai orang melayu atau Islam. Mereka akan bersatu dan menentang ancaman itu.
Sejak Mei 2018, orang Cina dan India telah menunjukkan kebiadapan mereka terhadap orang Melayu dan Islam. Orang Cina dan India dengan terbuka menghina Melayu dan Islam. Mereka juga mempersoalkan ‘pemilikan’ Negara ini dan mengatakan bahawa orang Melayu adalah pendatang dan Hindu adalah yang pertama berada di Tanah Melayu dan sekaligus boleh menuntut hak terhadap Negara ini.
Orang Melayu kini terasa bahawa mereka diancam. Mereka dapat melihat bahawa Pilihan Raya Mei 2018 ini lebih ke arah ketua-ketua orang Cina dan India. Kini, tidak akan ada masalah untuk memukul orang Melayu dan Islam. Malah mereka juga boleh membunuh orang Melayu dan terlepas.
Sejak tahun 2008, orang Cina telah menjadi biadap terhadap orang Melayu dan Islam dan sekarang adalah masa untuk membalas balik
Orang Melayu akhirnya bangkit dari realiti bahawa mereka akan kehilangan Negara ini kepada orang bukan Melayu. ‘Fixed Deposit’ Sabah dan Sarawak tidak ada lagi. Umno secara teknikalnya pun sudah tiada lagi. Barisan Nasional pula sudah mati. Jadi, apa akan berlaku kepada orang Melayu jika mereka dibahagikan kepada enam kumpulan?
Hanya ada satu alternatif sahaja. Iaitu entiti melayu yang berlainan menyatukan Melayu dari Umno, PAS, PKR dan PPBM. Buat masa sekarang ini ianya adalah PPBM. Mahathir perlu bukan sahaja menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi juga menjadi pemimpin untuk Melayu bersatu. Inilah satu-satunya cara untuk orang Melayu dapat menghalang Malaysia jatuh ke tangan kaum Cina dan India.
Yang ironinya penubuhan PPBM adalah idea Kit Siang (sama seperti Amanah). Ia adalah senjata yang bertujuan untuk memecah-belahkan orang Melayu. Sekarang senjata yang sama akan menyatukan orang Melayu. Ramai yang menentang Mahathir di PRU 14 pada Mei 2018 dan mereka tidak teragak dan bersedia untuk menyokong Mahathir dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu.
DAPlah yang membuatkan orang Melayu yang bermusuh diantara satu sama lain bertukar menjadi kawan. Itulah bagaimana orang Cina akan mengingati Kit Siang.