1. MalaysiaToday tulisan Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan bahawa DAP telah memanggil kumpulan gangster-gangster Cina untuk meminta mereka tidak membuat kacau yang boleh mencetuskan kembali insiden 13 Mei.
BACA sini: At last, DAP has awoken a sleeping tiger (https://www.malaysia-today.net/2018/11/26/at-last-dap-has-awoken-a-sleeping-tiger/)
2. Ini kerana, walaupun gangster Cina ini memiliki senjata api dan kebanyakan orang Melayu tidak, tetapi Rejimen Askar Melayu tidak akan berdiam diri dan akan turut masuk campur menyebelahi orang Melayu jika kekacauan berlaku.
3. Ketakutan DAP ini jelas apabila Lim Kit Siang sendiri mengakui bahawa sebab ICERD tidak boleh dilaksanakan kerana bimbang berlakunya kembali insiden 13 Mei.
4. Mengikut MalaysiaToday lagi, Special Branch telah melaporkan bahawa berlaku peningkatan mendadak penyeludupan senjata api di sempadan Malaysia-Thai seolah-olah ada pihak yang sedang merancang ‘sesuatu’.
5. Namun, masih tidak jelas siapa pihak itu. Dan pengumuman Tun Mahathir bahawa ICERD tidak akan dilaksanakan diharap mampu meredakan ketegangan dan pihak berkuasa mampu mencari senjata-senjata yang diseludup itu.
6. “Terlajak perahu boleh diundur”, inilah akibatnya bila ada pihak yang cuba bermain api, mengganggu keharmonian kaum yang sedia ada di Malaysia.
7. Sebagai rakyat Malaysia, kita mahukan negara yang aman dan damai. Tapi keamanan itu hanya boleh dicapai jika semua kaum saling hormat menghormati.
8. Sebab inilah DAP harus dihapuskan dari bumi Malaysia kerana sudah terbukti dari dulu mereka ini adalah “kepala pembuat kacau” di Malaysia.