Berhubung kejadian yang berlaku di Stesen Petronas Solaris Besraya pagi tadi, syarikat Petronas telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada lebih 20 buah kenderaan yang mengisi bahan api di stesen tersebut.
Menurut Petronas, kejadian tersebut berpunca daripada masalah operasi pengendalian ketika melakukan pengisian bahan api ke dalam tangki simpanan bawah tanah.
Petronas memberikan jaminan akan menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci dan Stesen Minyak Petronas Solaris akan ditutup buat sementara waktu.
Berdasarkan laporan awal yang kami terima, terdapat lebih daripada 30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Besraya hari ini seawal jam tujuh pagi dan kejadian ini dipercayai berpunca daripada pengisian bahan api daripada salah sebuah stesen minyak di lebuhraya tersebut.
Siasatan awal mendapati masalah tersebut berpunca daripada penutup tangki bawah tanah yang tidak ditutup rapat dan mengakibatkan tangki simpanan tersebut dimasuki air.
Kepada sesiapa yang terbabit ataupun terjejas akibat insiden ini, anda diminta untuk ke stesen minyak tersebut untuk melaporkan kerosakan yang dialami atau menghubungi stesen tersebut di talian: 03-8942 2100
Hantaran di Facebook Petronas Brands
Merujuk kepada insiden di Stesen PETRONAS Solaris Besraya pagi ini.
“Kami mengambil serius terhadap perkara ini dan memohon maaf kepada semua pelanggan di atas kesulitan yang berlaku. Kami telah menghubungi para pelanggan yang terlibat, mengambil tindakan yang sepatutnya dan akan memberi pampasan yang sewajarnya kepada mereka.”
https://www.facebook.com/124509510941290/posts/2142733122452242/
https://youtu.be/SMMUpgtUh9c