Semalam Kerajaan umum harga petrol RON95 akan diturunkan sebanyak 27 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.
Ketika ini harga minyak mentah dunia didagangkan pada USD54 setong.
Ini jauh sekali dari janji manis PH harga petrol RM1.50 seliter jika menang pilihan raya. Harga ini adalaj bahan kempen ketika harga minyak mentah dunia sekitar USD80 setong. (Lihat: https://www.facebook.com/1244194023/posts/10216893035778536/)
Imbas kembali pada Februari 2015, Kerajaan (BN) mengumumkan harga petrol RON95 RM1.71 seliter.
Ketika itu harga minyak dunia pada paras USD60 setong.
Pada 2015 juga Rafizi Ramli menulis “… apabila harga minyak mentah dunia menurun ke arah paras AS$60 setong seperti yang berlaku di akhir Jun, harga RON95 sepatutnya diturunkan ke arah paras RM1.70 seliter.”
Jadi sesiapa kenal Rafizi Ramli tolonglah tanya beliau apa sudah jadi?
Minyak mentah dunia hanya USD54 setong, masakan harga RON95 RM1.93 seliter?
Sepatutnya kerajaan sudah boleh tetapkan harga RON95 pada paras RM1.50 seliter.
Lim Guan Eng patut pecat Tony Pua dan gantikan dengan Rafizi Ramli.
Oleh: Ab Jalil Backer