Kata-kata di bawah diucapkan oleh pemimpin DAP yang akan bertanding di Parlimen Cameron Highlands.
“Ikut perkiraan BN, mereka fikir… Mereka tak faham. Orang Melayu tak beli kuih dari gerai Orang Asli. Saya tak fikir mereka (orang Melayu) akan undi Orang Asli.
“Orang Melayu akan tanya: kenapa tak ada calon orang Melayu? Kenapa letak Orang Asli?
“Orang Cina, India juga tidak akan undi Orang Asli,”.
Panjang ulasan beliau itu menunjukkan ia bukan tersalah cakap atau “slip of the tongue”.
Ini adalah pemikiran yang negatif dan penuh penghinaan kepada rakyat Malaysia.
Pemikiran sebegini dapat di kesan banyak dalam media sosial sekarang terutama dari kalangan kelas menengah dan elit.
Mereka akan memperguna anda jika sesuai dengan agenda mereka dan mencemuh bila tidak selari dengan kepentingan mereka. Mereka memuja atau memuji anda jika ia menguntungkan mereka.
Apabila tidak selari dengan kepentingan kelompok maka mereka akan mencemuh orang Melayu, bahasa Melayu, kedudukan Islam dan raja-raja Melayu sesuka hati. Sekarang giliran orang Asli.
Calon ini hanya tampil memohon maaf setelah mendapat kritikan dari masyarakat dan khuatir akan hilang undi rakyat pelbagai kaum.
Seperti biasa kita tidak mahu dianggap bersikap perkauman maka permohonan maaf sudah mencukupi.
Oleh: Ab Jalil Backer
Rujukan:
Kuih Orang Asli pun Melayu tak beli, kata calon PH
https://www.malaysiakini.com/news/459559
Kenyataan ‘Melayu tak beli kuih Orang Asli’ – Manogaran mohon maaf
https://www.malaysiakini.com/news/459620
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands