Maaf, saya tak berminat dengan hidup peribadi sesiapa. Dalam video ini, saya hanya berminat dengan integriti di sini.
Kelihatan seperti Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan peguam-peguam lain seperti Siti Kasim menari di atas pentas! Apakah benar itu mereka semua? Apakah lelaki yang kelihatan seperti Peguam Negara, Tommy Thomas itu sedang mabuk semasa menari?
Moga Allah Subhana Wa Ta’ala selamatkan #Malaysia dari sebarang anasir jahat. .
…….
Di bawah adalah satu video tarian pentas semalam yang menerusi pengamatan saya disertai Menteri di JPM (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara TS Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan peguam yang kalah bertanding Bar Council baru baru ini Siti Kasim.
You see, saya tidak mahu komen tarian itu cantik atau tidak. Saya juga tidak mahu komen bolehkah Liew dan Siti Kasim menari bersama atau tidak. Tetapi saya tidak senang apabila Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara terutamanya boleh bersosial sebegitu dengan ahli politik dan individu yang banyak kontroversi.
Tuan-tuan, kehidupan sebagai hakim ini ada adab susilanya, ada kehormatannya, ada kerahsiaannya, ada privasinya dan tidak boleh menonjol sosialnya. Apatah lagi dengan individu dan ahli politik yang kedudukan dan parti mereka mempunyai kepentingan dalam kes undang-undang. Apa apa keputusan penghakiman akan datang, sekiranya memihak kepada parti ahli politik ini atau individu terlibat, boleh dilihat sebagai tidak adil dan memihak.
Ingat tuan tuan, keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan. Ianya juga mesti dilihat bahawa ia telah dilaksanakan.
Sebab itu para hakim sejak dari dahulu lagi memilih kehidupan yang tersendiri dan penuh privasi. Sehingga makan tengahhari di pejabat pun tidak berteman. Ayahanda saya yang pernah mengemudi pentadbiran mahkamah-mahkamah di Terengganu dekad 90an dahulu selalu bercerita bagaimana rakan-rakannya yang menjadi hakim mengelak untuk minum bersama di ruang awam atau bertegur sapa berlebihan apabila terserempak di jalanan.
Semuanya itu adalah demi menjaga integriti dan kesucian institusi kehakiman.
Saya memetik kata kata mendalam bekas Hakim Kanan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa berkenaan kehidupan sebenar dan sewajarnya bagi seorang hakim:
“Para hakim tidak sepatutnya dikenali. Keadilan adalah buta”
#malaysia #malaysian #integriti
LIHAT video:
https://youtu.be/PCQtSwb37Fg
………
LIHAT video:
https://youtu.be/h_Q17q8X0eA
…….