Kes saman Sarawak Report (SR): Fitnah RM90 juta kini terburai.
Kes saman SR ramai juga rakyat yang masih tak faham dan dikelirukan dgn fakta fitnah kpd PAS. Segelintir dari kita masih percaya apa sahaja SR kata… sedangkan SR ini memang sumber media fasiq beribu Pejabat di Landon. Sumber orang bukan islam yang jelas berunsur fitnah.
Kita terangkan sikit kronologi kisah fitnah ini untuk yang belum jelas.
SR memfitnah DS Haji Hadi Awang & PAS menerima duit Umno sebanyak RM 90juta. PAS bagi amaran kepada Akhbar luar Negara ini agar jangan membuat fitnah, jika tidak mahu diambil tindakan guaman.
Dua hari kemudian SR padam berita fitnah tersebut. Namun 2 minggu kemudian SR mengeluarkan artikel baru menyatakan PAS takut dan tidak berani saman SR.
Pemimpinan PAN, DAP dan PKR Sabah hari itu dalam ceramah mereka menyerang PAS dengan fitnah dari sumber SR ini.
PAS bertindak memfailkan saman terhadap SR di London. Bagi yang kelabu, kata kenapa buat di London, tidak di Sarawak. Dalam kejahilan ramai yang tertipu dengan menabur fitnah PAS bermewah-mewah pakai duit PAS pergi London untuk saman SR di London, tidak di Sarawak. SR tu tiada di Sarawak..Sayang oi!
SR didaftar di London, syarikat itu di London bukan di Sarawak.
Mahkamah Persidangan fasa pertama bicara kes ini akhir tahun lepas, minta SR bagi bukti, SR gagal, lalu kena denda bayar di mahkamah untuk urusan mahkamah. PAS menang ’round’ pertama.
Bila keluar mahkamah, Clare kata ini semua salah Ambiga. Ambiga yang bagi maklumat itu pada Clare. Rupa-rupanya ada konspirasi Pakatan Harapan (PH) di situ.
Ambiga buat kenyataan dia diperangkap oleh pimpinan Pakatan Harapan. Ambiga menyalahkan pakatan harapan. (‘confirm’ ada konspirasi)
Mahathir respon pada media sepatutnya ambiga tidak buat kenyataan itu. (lagi confirm ada konspirasi PH)
Mahkamah di London belum bagi tarikh untuk meneruskan bicara kes ini selepas ’round’ pertama.
Sementara menunggu tarikh perbicaraan ke 2, SR buat 5 permohonan kepada mahkamah untuk tolak aduan saman PAS dan Haji Hadi ke atas SR.
Tujuan SR buat permohonan itu ialah pertama untuk malukan PAS dan calarkan imej PAS dalam musim kempen pilihanraya dan kedua bagi membatalkan saman PAS & Haji Hadi ke atas SR.
Pepatah melayu kata untung sabut timbul, untung batu, tenggelam.
Maka mahkamah London jadual sesi pendengaran permohonan utk tolak saman ini. Keputusannya mahkamah london tolak semua permohonan SR dan perintah SR bayar lagi RM155K pada mahkamah. ‘Round’ seterus PAS menang lagi.
Mahkamah masih belum lagi beri tarikh ubtuk bicara kes saman seterusnya. Kes ini belum selesai. Dua minggu lalu ada wakil konspirator pergi jumpa Peguam PAS untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah. PAS kata TIDAK . Kita jumpa di mahkamah London.
Maka bertemu dalam mahkamah. Dan keputusannya SR kalah cubaan untuk tolak saman PAS ke atasnya.
Baik apa makna interlokutori
Maksud interlokutori ialah permohonan dalam permohonan, iaitu Sarawak Report memohon membatalkan saman TGHH. Dikatakan SR memberikan pembelaan pembatalan ini 50 muka surat.. Tapi mereka kalah.
Walaupun ini bukanlah bermakna PAS dah menang saman – PAS. Namun PAS sudah berjaya menghalang permohonan afidavit SR yang difailkan, namun ini ialah langkah yang sangat besar untuk memastikan kemenangan PAS menentang SR.
Ibarat kita berjaya menghalang musuh dapat ‘reinforcement’. Kita berjaya memaksa musuh bertarung dengan kita tanpa senjata.
Mahkamah London akan terus bicara kes saman ini pada tahun tahun depan 1-12 April 2019 dan kita tunggu perbicaraan saman ini
Cuma yang sah sekarang SR sumber fasiq ini sudah gagal bagi bukti dakwaan 90 juta itu dan gagal pertahan permohonan mereka utk tolak saman ini.
Kedua-dua ‘event’ ini sudah jelas membuktikan kejahatan sumber fasiq ini.
Rententan kes gagal SR kali kedua ini, mereka buat kenyataan PAS belum menang kes saman ini tapi tidak nafikan mereka sudah gagal dalam dua pusingan di mahkamah London.
Round pertama SR kalah kena bayar 15 ribu pound kepada Haji Hadi..SR gagal bagi bukti
Round kedua SR kalah kena bayar 29 ribu pound kepada Haji Hadi……SR gagal tolak saman
Malangnya masih ada orang islam kita yang percaya pada SR sumber fasiq dan berharap PAS akan tewas dan sumber fasiq si puak kafir london ini akan menang serta dalang di belakang fitnah ini berjaya.
Mereka lupa Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Mereka lupa malaikat catat fitnah mereka, taburan fitnah mereka. Semoga mereka sempat bertaubat.
Moga Allah jauhkan kita dari firnah dan pemfitnah serta kuncu-kuncunya. Moga kita dilindungi dari percaya kepada sumber fasiq. Amin
Fitnah itu tidur, Allah laknat siapa bangkitkan fitnah
Oleh: Muhammad Abdullah