Kalau mengikut jalan ceritanya ini kes menarik kerana ia melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Prinsip yang mereka digembar gembur selama ini anti-penyelewengan,salah guna kuasa dan rasuah.
Jika betul bagai didakwa ia sudah jatuh kategori cakap tak serupa bikin.
Maka abang Mat dan Lim Guan Eng wajib keluar satu penjelasan segera tentang hal ini.
Ekoran pendedahan dalam lama blog,Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Rezal Merican mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang Sabtu mendakwa berlaku korupsi dalam pembiayaan bil rawatan Mat Sabu di KPJ Selangor Specialist Hospital yang menelan belanja RM8,434 oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).
Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi dan menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520.
Timbalan Presiden PAS itu ialah seorang ahli lembaga pengarah PBA.
Siapa pun tidak berhak mempertikaikan pembayaran bil itu jika ia untuk rawatan sakit biasa.
Apa yang dipertikaikan ialah rawatan berkenaan kerana kecederaan semasa terlibat dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.
Ingat kes beliau dakwa dilanggar kereta polis.
Video polis pula menunjukkan beliau terjatuh dari motosikal kerana terlanggar bahu jalan semasa berpatah balik bila dipintas kenderaan polis di Bukit Persekutuan,Kuala Lumpur hari itu.
Jika merujuk kepada Collective Agreement (CA) PBAPP, terdapat klaus yang menyatakan bahawa syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan dan perubatan tersebut yakni sebarang perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya.
26.4 PENGECUALIAN
Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan dan perubatan tersebut:-
(b) Sebarang perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya.
(i) Menggugat keamanan atau berkelakuan buruk.
Bagi Rezal PBA tidak wajar menanggung pembiayaan bil berkenaan kerana Mat Sabu terlibat dalam satu perhimpunan haram.
Katanya kerajaan negeri jangan memekak tentang ketelusan dalam pentabiranya jika begini halnya.
Ini bukan dakwaan kosong.Pendedahan yang dibuat disertakan dengan bil hospital dan bayaran balik oleh PBA.
Ramai yang terkejut.Bos pembangkang pun rupanya galak juga dengan claim kemudahan sebagai lembaga pengarah.
Rujuk dokumen-dokumen di bawah :-